Kalau isu dimainkan lebih lama, keluar pula muka dia disolek, tak ke malu balik dan naya kepada puak hamPAS kan?
Kekadang Kesian tengok mentality puak pecacai PAS kan? Dosa pahala depa belakang kira!
Parti Islam Konon!! Phuii!!!
***********
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.
Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.
Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.
"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.
"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.
"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.
Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.
Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.
Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.
Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.
"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.
Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.
"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.
Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.
Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.
"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.
"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.
Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.
"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.
HaHaHa.. dua-dua abu nawas mangkuk..
ReplyDeleteHaHaHa.. dua-dua abu nawas mangkuk..
ReplyDelete------------------------------------
Yang ko MAWAS haram jadah....
meray pulak bagi ufb. bukan apa sebab dia pun sama jugak. jadi gentleman mcm ufb la. dia mengaku salah dia. tak pyhla merayu bg pihak org lain klau dah mmg jenis pas mmg camtu. kita tgok tak kisah pun. bukan berdua2an walaupun agak kurang manis. yang baik jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan. kesal ke hasan tantawi dgn perangai kaum dia yg suka sebar aib orang. kalau dah guru kencing berdiri murid pun apa lagi kencing berlari la
ReplyDelete