Ostad Zizan Dan Mahfuz Disambut Hambar Oleh Anak kedah Di Perantauan. (Pics)


Ini suatu manifestasi bahawa anak Kedah yang berada di Lembah Kelang memerhatikan dari jauh perkembangan negeri mereka dan berasakan PAS sememangnya gagal mentadbir Kedah dengan baik.


Pelbagai masalah dan kelemahan kerajaan PAS Kedah dalam pelbagai isu seperti pengurusan sampah, air, pembalakan tidak terkawal, pembukaan memorial di kawasan isalm Sungai Kob, perobohan madrasah As-Salihiah, kegagalan menguruskan KUIN, kegagalan Kulim Hi-Tech, pergolakan dalaman pemimpin utama Kedah dam macam-macam lagi yang tak larat lagi aku tulis diterjemahkan melalui kehadiran yang sungguh suram dalam majlis ini.

Kerajaan PAS Kedah memang gagal dari kacamata anak Kedah di perantauan. 
Ini suatu fakta yang tidak dapat disangkal lagi,


Demikianlah yang berlaku ketika Perjumpaan Pengundi PAS Kedah Luar Kawasan di Lembah Kelang Bersama Pimpinan PAS Kedah baru-baru ini.

Persediaan mereka adalah untuk seramai 2,500 orang tapi yang hadir adalah 250 orang bersama penganjur dan pekerja parti semalam Jun 30hb di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan.

Kehadhiran dua pihak bersaing iaitu Menteri Besar Dato Sri Azizan dan kepala kumpulan erdogan kedah, Dato Mahfuz Omar tidak angsung jadi tarikkan. 

Makanan yang ditempah untuk seramai 2,000 orang itu membazir saja hingga terpaksa dibawa balik oleh orang-orang Serdang yang merupakan 90% dari yang hadhir. Kerusi sebanyak 900 orang itu kelihatan begitu lengang sekali.



-theunspinners

No comments:

Post a Comment