Penang: Boikot Je Restoran Ni! Makan Katak Di Dapur,Jamu Orang Islam. Kurang Ajar!



Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hi
Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.
JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur,"
bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi  sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur  kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.

Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.

Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam.  Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.

Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.

Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.

“Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.

"Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan,” katanya.

Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.

Antaranya ialah melalui http://penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.

Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan.-SH
**************


Aku direct terus la buh gambar ni! Lantak pi la! Geram sangat ni!
Penang makin haru-biru lepas DAP memerintah!
Jangan bagi muka kat Tokei-Tokei Kopitiam yang melampau gunakan pekerja asing, menyajikan makanan yang meragukan dan entah halal ataupun tidak. 
Sijil halal yang ada pun untuk di cawangan KL saja!


Yang Orang Islam pun, banyak lagi restoran muslim boleh pergi buka puasa/jamu selera kenapa kedai ni pulak yang nak ditujunya! 
Kedai ni tak sampai Jelutong lagi, dekat E-Gate sebelah Tesco berhampiran Jambatan Pulau Pinang. Cawangan di Penang pun ada satu lagi di Straits Quay!
Awas dan hati-hati ya!


4 comments:

  1. entahla..dah banyak kali dah orang komplen pasal kopitiam2 ni...yang korang pegi jugak ke sana memangla sengaja cari pasal..kata bodoh kang..marah..tapi memang bodohla..!!

    ReplyDelete
  2. Umat Islam kena lebih sensitif pasal logo HALAL ni, kalau tidak mmg diorng buat tak tau jer...watpe nak susah2 apply status halal kalau skrg ni pon org Islam yg datang kat kedai dia punya la ramai...sampai tak cukup kerusi nak duduk...nak kata sedap, tak sesedap mana pon...sedap lagi aku masak..Lagi satu silapnya org islam ialah:-

    1. Sibuk cakap restoran tu tak halal, tak bersih tapi kenapa org islam tak cuba buat restoran yg berkonsepkan hampir sama, yang mmg diyakini halal?

    2. Bila ada yg buat plak, tak sungguh2, makanan tak sedap, harga boleh tahan mahal. kaya sikit beli mercedes.. kedai tak terurus.. Strategi marketing tak betul.

    3. Bila ada yg bersungguh2, makanan sedap, ramai org suka wlaupon mahal sikit, pengurusan bagus, ada pulak org islam sendiri yg dengki,buruk2kan, sihir, fitnah berangkai, smpi tutup kedai mamat tu.

    Tu baru sikit aku senaraikan masalah org islam kita, Tolong la, buka sikit ruang utk berfikir, jgn fikir seronok, berenti merempit, berenti jadi malas belajar, berenti jadi malas bekerja.. berenti buat keje2 yang sia-sia..cuba jadi org melayu, org islam yang bermutu, yg ada matlamat hidup, dunia dan akhirat.. tolong la...dah la..mls la aku nak tulis...

    ReplyDelete
  3. katak boleh makan la.. goreng sedap.. stim pun sedap.. rasa macam ayam.. ko try la dulu

    ReplyDelete
  4. Apa kaitan DAP Dengan PAPARICH pula saudara? Jangan guna persepsi dalam hujah dan tulisan saudara. Kiranya begitu boleh dijadikan hujah mak porak perandalah negara kita. seorang saudara saya mempunyai perniagaan PAPARICH di salah satu daerah di Selangor(Daerah paling utara di selangor).Dia sendiri beritahu saya tukang masak dia minum arak di dalam kedai,dan satu hari pernah dari tingkat atas dia terjatuh botol arak dari tingkat atas ke tingkap bawah. Dan beberapa cerita kurang enak lain. Untuk pengetahuan saudara beliau juga seorang kontraktor kelas A,juga seorang orang kuat UMNO. Kira UMNO jatilah! Dan besan dia juga seorang bekas ADUN UMNO di salah satu dun di kajang juga besannya mempunyai perniagaan PAPARICH di Shah Alam,Dalam pada itu Besan beliau pernah beberapa kali dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah.Jadi saudara, adakah saya perlu katakan Hal ini terjadi kerana UMNO?tidak bukan! Jadi berhenti kaitkan dengan DAP kerana saya juga mampu kaitkan dengan UMNO kalau begitu,tapi kita tidak mahu mempunyai pemikiran sebegitu.

    ReplyDelete