23 Kerusi: Kesombongan dan Keangkuhan PAS Akan Terima Padahnya!


Umno Kelantan tetap mempertahankan sasaran merampas 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus menawan kembali negeri ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui usaha itu bukan mudah memandangkan pilihan raya kali ini disifatkan mencabar.
"Saya tahu sukar sebab ia bukan satu pilihan raya yang senang, ia cukup mencabar, namun kita perlu bekerja bersungguh-sungguh.
"Kalau terlalu yakin kita takut akan alpa dan malas untuk membuat kerja-SH
Jangan nafikan kehebatan Tok Pa atur strategi pilihanraya. 
Dalam Pilihanraya Umum tahun 2004, PAS hanya menang dengan kelebihan 1 kerusi sahaja di negeri Kelantan, iaitu di DUN Kemuning, Machang. Itu pun majoriti hanya 2 undi saja.


Ketika itu Niz Aziz dilihat sebagai " Tok Guru yang berpengaruh" hinggakan mengecil-ngecilkan keupayaan Tok Pa yang mengambil alih kepimpinan UMNO Kelantan dari Ku Li. Ketika itu puak-puak PAS mendabik dada dengan sombongnya mengatakan Tok Pa bukan layak lawan "Tok Guru". 


Tok Pa dihina, dicaci dan direndah-rendahkan kedudukannya. Hinggakan penghormatan kepada Tok Pa langsung tidak ada. Tok Pa dipanggil dengan gelaran " Stopa anak Setawa" . Puak-puak Taksubiyyah PAS jangan mengulangi sikap takbur dan sombong tersebut. 


Percayalah bahawa sentimen PRU tahun 2004 untuk menumbangkan kerajaan PAS kian dirasai oleh semua jentera UMNO bagi PRU 13.... 


Insya'Allah, Allah mengizinkan UMNO dan BN untuk menang dalam pilihanraya kali ini. Kita lama bersabar dengan cacian dan penghinaan PAS terhadap orang UMNO di Kelantan. Yakinlah bahawa sikap takabur dan sombong PAS tidak diizinkan Allah. 


Jangan lupa bahawa kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung selepas DS Najib Razak mengambilalih pucuk pimpinan sebagai PM, telah dimenangi oleh BN disebalik gembar-gembur akan kehebatan Pakatan Rakyat. Rupa-rupanya PR itu adalah Pakatan Rapuh berdasarkan keputusan pilihanraya kecil sebelum ini.

No comments:

Post a Comment