Bekas Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim menafikan memaksa H’ng Sau Ping mendedahkan isu pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, pada sidang media, kelmarin.
Sebaliknya, Zamil berkata, sidang media bersama itu dipersetujui kedua-dua pihak, malah kenyataan akhbar yang disediakan mendapat persetujuan Sau Ping.“Saya akui kenyataan akhbar itu disediakan oleh saya dengan persetujuan beliau. Ia bukan paksaan, sebaliknya kami berbincang terlebih dahulu sebelum adakan sidang media,” katanya.
Zamil turut melahirkan rasa hairan kerana pendirian Sau Ping berubah dalam masa sehari, dan tidak menolak kemungkinan beliau diugut pihak tertentu."Apakah isu sebenar hingga laporan polis dibuat terhadap saya? Setahu saya, Sau Ping ada maklumkan dia diganggu oleh panggilan telefon bertalu-talu dari orang Pakatan Rakyat (PR) sejak kelmarin,” katanya.
Menurutnya, kemungkinan Sau Ping bertindak seperti itu ekoran menerima tekanan dari PR, termasuk ugutan pihak tertentu hingga memaksa beliau membuat laporan polis terhadap dirinya.
“Saya tidak marah tetapi sedikit terkejut, sebab dia rakan saya.Malah dia sendiri yang maklumkan pada saya mengenai laporan polis itu.Ini menunjukkan dia seolah diugut pihak tertentu,” katanya.
Zamil turut mempersoal pihak yang ‘mengganggu’ Sau Ping berikutan apa yang didedahkan kelmarin, adalah berbentuk persoalan, bukannya tuduhan.
Berani fitnah, berani tanggung. Cerita lebih kurang sabagini, kut.
ReplyDelete