ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam."Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.
Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.
"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.
"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat."Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.
Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR."Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.
Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud.-SH
PAS TERKEDU?!! BUKAN UMNO KE? WAKAKAKAKA SI NAJIBUN BERHUJAH HUKUM HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.. WAKAKAKA APA JENIS BLOGGGER LA.. NAK SPIN KENA BATANG HIDUNG TUAN KAO SENDIRI.. LAIN KALI JANGAN TERBIT ISU NI SEBAB YANG MALU UMNO KERANA RAKAN MCA MEREKA ADA YANG SOKONG HUDUD, MCA BOLEH JOIN PAS SEBAB UMNO DAH TOLAK HUDUD. KARPAL BOLEH BERAMBUS KE UMNO SEBAB PARTI SUCI ISLAM (UMNGOK) ITU NAK TOLAK HUDUD.. WAKAKAKAKA..
ReplyDeleteAnon 5:59pm
ReplyDeleteanda jangan terlalu gembira membelasah UMNO.
Apa jadi dengan Fatwa Hadi Awang?
Apa jadi dengan negara Islam sehingga jadi negara Kebajikan?
Adakah miskin sangat negara sehingga PAS kena kutip derma dan sedekah demi menjaga negara kebajikan?
Apa jadi dengan fatwa berkawan dengan Syaitan?
Apa jadi dengan jiwa PAS sehingga sanggup membuang jauh2 sesama Islam demi chintanya kepada DAP dan Putra Jaya yang dulunya mahui dilelong?
Apa dah jadi dengan hudud PAS yang katanya 0.0009% sahaja?
Apa dah jadi dengan negara Islam yang katanya x ada pun dalam AlQuran?
Apa dah jadi dengan Hassan Ali?
Apa jadi dengan Ustz Nasharudin?
Apa rasional Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan berbanding Ustaz Nasha yang lebih tinggi ilmu agamanya?
Pernahkah UMNO menolak Hudud?
Jadi siapa sebenarnya yang menolak Hudud?
Sepatutnya saudara yang harus berasa malu dengan segala kecelaruan PAS...
MCA Kedah tidak minta UMNO sertai PASD tapi sebaliknya minta PAS sertai UMNO ...
Siapa yang pakar spin kalau bukan PAS...
Lain kali kalau nak komen .. cermin diri dulu.. jangan suka mentertawakan orang sebab orang lain pasti mentertawakan kebodohan anda..
memang betul baru2 ni..ada ulamak Pas kata negara islam rupanya tak ada dalam al quran dan hudud tak akan dilaksanakan..dan ada pemimpin Pas cakap dinegeri kedah dan terengganu tidak akan laksanakan hudud... iskk pening la.. dulu kata nak buat tp sekarang kata tak nak buat... kejap nak buat kejap tak nak buat.. apa cite.. banyak pusing2
ReplyDeletecakap tak serupa bikin lah Pas ni..