Penangan Raya: Seorang Wanita Curi Wang Sembunyikan Dalam Seluar Dalam

PETALING JAYA- Disebabkan terdesak hendak menggunakan wang untuk menyambut hari raya, seorang wanita yang bekerja di sebuah  syarikat keselamatan cuba melarikan wang sebanyak
RM1,800 dengan menyembunyikannya di dalam seluar dalamnya.

Menurut sumber, suspek berusia 27 tahun berasal dari Kelantan itu turut dikesan meletak sebahagian wang tersebut di dalam tong sampah bagi memudahkannya menyeludup keluar wang tersebut dari bilik kiraan wang.

“Perbuatan jahat suspek terbongkar apabila sekeping not RM50 terjatuh dari pakaiannya ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atasnya selepas tamat waktu bekerja,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, suspek pada mulanya tidak mengaku bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berkenaan namun setelah didesak, dia mengaku menyembunyikannya di dalam seluar dalam manakala separuh lagi wang di dalam tong sampah.

Suspek kemudiannya memberi alasan sengaja berbuat demikian kerana suka-suka namun bertindak menukar pengakuannya dan mengatakan terdesak mahu menggunakan wang untuk membeli barangan persiapan hari raya.

Pihak pengurusan tertinggi syarikat keselamatan itu mengambil keputusan menyerahkan kakitangannya terbabit kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

A.S: PESANAN A.S, BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA INI. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. BERBELANJALAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING. 

INI JUGA DITUJUKAN KEPADA PAKATAN HARAM. USAHLAH DIJANJI BULAN DAN BINTANG SEDANGKAN KEMAMPUAN NEGARA TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA. KELAK, EKONOMI NEGARA YANG AKAN HANCUR BINASA.

SELAMAT HARI RAYA JUGA A.S TUJUKAN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI. SEBARANG KELEMAHAN DATANG DARI DIRI AKU SENDIRI DAN YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH TAALA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

No comments:

Post a Comment