https://www.facebook.com/photo.php?f...&type=1&ref=nf
ATTENTION : PUCHONG - Kisah Anak2 Yatim Yang Telah Dihalau Dari Rumah Perlindungan Di Rawang dan Kini Menghuni/MENUMPANG surau di TAMAN LESTARI Puchong Yang mana dihantar dengan LORI 18 Kesemuanya pada pukul 3 PAGI....... Apa yang menyedihkan MEREKA berbuka PUASA hanya mampu membeli 8 KETUL AYAM Goreng dan DIKONGSI BERAMAI2........ DIHARAP KAWAN2 YANG MAMPU/Ingin MENYUMBANG bolehlah Pergi Ke SURAU Diatas Bagi sama2 membantu Anak2 AMANAH ALLAH ini...... Sumber yang saya dapat adalah daripada GROUP HASIL yang telah sampai disana bagi meninjau dan menghulurkan bantuan....
Susulan dari artikel kami yang bertajuk ‘Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1′
, tengahari tadi saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke surau
sementara Taman Lestari Putra dikatakan telah menempatkan anak-anak
yatim yang dihalau keluar dari sebuah rumah perlindungan tahfiz yang
terletak di Rawang.
Surau ini terletak tidak jauh dari persimpangan Seri
Kembangan di lebuhraya LDP menghala ke Putrajaya. Sesampainya kami
disana, kami disambut oleh ustaz dan penduduk taman perumahan yang ada
di surau itu. Keadaan surau yang masih belum lengkap dan bahang sedikit
sebanyak agak menyentuh hati kami akan tetapi tidak kelihatan anak-anak
yatim seramai 18 orang yang telah disebutkan seperti artikel sebelum
ini.
Tempat dimana anak-anak yatim ini
tidur. Sebelum ini mereka terpaksa tidur di atas lantai simen kerana
keadaan surau yang serba baru dan tidak sempurna. Ustaz Abdullah
memasang penghadang putih bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam
kawasan surau.
Kami terlebih dahulu berbual dengan
seorang ustazah, iaitu rakan baik kepada ustaz Abdullah Iraqi sebelum
berbual dengan ustaz Abdullah sendiri selepas solat Zohor. Ustaz
Abdullah Iraqi merupakan penjaga surau sementara Taman Lestari Putra,
dan kami menemubual mereka untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi
pada anak-anak yatim tersebut.
Menurut kata mereka, memang
benar seramai 18 orang anak yatim tahfiz yang berumur 7 tahun hingga 15
tahun telah dihalau oleh sebuah rumah perlindungan untuk para tahfiz
yang terletak di Rawang, Selangor kerana berlaku penyelewengan wang
zakat yang diamanahkan kepada rumah perlindungan tahfiz tersebut.
Menurut mereka, Scomi dan juga syarikat M ada silapnya. Pertama,
syarikat M dah dapat duit, tetapi tak diberi kepada anak-anak yatim ni.
Kedua, yayasan Scomi bertindak menghalau keluar anak-anak yatim ini
meskipun mereka tahu anak-anak itu tidak bersalah dan tiada tempat untuk
berlindung.
Ustaz Abdullah Iraqi dan Ustaz Firdaus, penjaga anak-anak yatim
Rumah perlindungan tahfiz yang terletak
di Rawang itu diuruskan oleh sebuah syarikat M dengan menggunakan sumber
dana zakat dari Yayasan Scomi. Menurut kata penjaga anak-anak yatim
tahfiz itu, Ustaz Firdaus, Yayasan Scomi telah mendapat tahu bahawa wang
yang disalurkan kepada mereka tidak digunakan untuk pembelajaran
anak-anak yatim tahfiz tersebut dan anak-anak yatim itu tidak mendapat
SATU SEN pun duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk mereka.
Pihak
Yayasan Scomi bertindak untuk menutup rumah perlindungan tahfiz tersebut
1 minggu sebelum bulan Ramadhan dan sebagai penjaga anak-anak yatim,
Ustaz Firdaus telah menghubungi Ustaz Abdullah untuk meminta pertolongan
dari segi tempat perlidungan sementara buat 18 orang anak-anak yatim
tahfiz ini. Mujur Ustaz Abdullah sedang dalam proses untuk membina surau
sementara di Taman Lestari Putra dan bersetuju untuk membantu Ustaz
Firdaus dan anak-anak yatim tersebut.
Dan pada hari kejadian iaitu 1 minggu
sebelum Ramadan, seramai 18 orang anak yatim bersama penjaga telah
menaiki lori dan pergi ke surau sementara di Taman Lestari Putra, Seri
Kembangan pada pukul 3 pagi. Dan di surau yang berlantaikan simen sejuk
dan masih belum siap sepenuhnya inilah mereka menempatkan anak-anak
yatim itu dan menjadikan surau itu sebagai pusat perlindugan sementara
sebelum membuat apa-apa keputusan lanjut. Anak-anak yatim itu terpaksa
tidur di atas tikar kerana mereka hanya dapat menempatkan beg dan barang
di dalam ruang bilik surau yang sempit.
Menurut kata ustaz, pada awal
Ramadhan lepas, mereka agak sukar untuk mengawal situasi memandangkan
keadaan surau yang masih belum siap, dana yang tidak mencukupi dan
mujurlah ada penduduk taman perumahan yang sudi membantu dan
mengalu-alukan kehadiran anak-anak yatim itu. Penduduk taman perumahan
telah mengambil langkah pantas dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas
untuk menguruskan bantuan kewangan dan keperluan yang diketuai oleh Puan
Noraida Bakar dan setakat ini bantuan seperti bekalan makanan iftar dan
bantuan lain tidak putus-putus disalurkan sejak 1 minggu lepas.
Mengikut kata ustaz, anak-anak tahfiz
ini ada diantaranya anak yang tidak ibu atau bapa, tidak kedua-kedua ibu
dan bapa, ada yang datang dari golongan miskin, dan ada juga diantara
mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa tetapi bekerja di Chowkit dan
sebagainya. Maka, mereka ini dihantar ke pusat tahfiz untuk mendalami
ilmu agama tetapi lain pula jadinya.
Sejak dari Rabu lepas, anak yatim
yang mempunyai waris telah dihantar pulang bagi menyambut Aidilfitri ( tetapi yang tidak ada keluarga, tidak dinyatakan pula anak itu beraya dimana),
dan mereka akan dihantar pulang ke surau sementara Taman Lestari Putra
pada 15 Syawal dan buat masa sekarang jawatankuasa khas masih lagi tidak
ada kata putus sama ada untuk terus menempatkan anak-anak yatim itu
disitu, atau menghantar mereka ke rumah tahfiz lain yang masih ada
kekosongan. Untuk pengetahuan anda, surau sementara ini akan ditutup
dari 28 Ramadhan sehingga 5 Syawal kerana penduduk taman akan pulang ke
kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sebarang keputusan
mengenai anak-anak yatim tahfiz ini akan dibuat selepas hari Raya
Aidilfitri.
Dua orang anak yatim piatu tahfiz
yang masih belum dihantar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri. Kata
ustazah, mereka ini tiada waris.
Buat sementara ini, bantuan dalam bentuk
kewangan, barang keperluan seperti tilam, sabun, ubat gigi, selimut,
bekalan makanan kering dan juga cadangan tempat tinggal untuk anak-anak
yatim tahfiz selepas ini amat dialu-alukan. Bantuan ini boleh disalurkan
terus kepada :
Surau
Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar
Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi :
0124990668 )
Atau hubungi ahli jawatankuasa sementara Puan Noraida Bakar 0192725596 ( Akaun Maybank2U : 562487301133 )
Saya dan rakan-rakan akan update dari
semasa ke semasa dan selepas hari Raya nanti, kami akan sekali lagi
pergi ke surau sementara untuk melihat sendiri keadaan anak-anak yatim
tahfiz tersebut. Sama-sama kita doakan kesejahteraan anak-anak yatim itu
dan diharap akan Tuhan memudahkan urusan penjaga dan juga membuka jalan
untuk membantu anak-anak yatim tahfiz nanti.
Ada berita yang kurang enak juga
kami dengar dimana seorang jiran yang merupakan seorang wanita
berpakaian seperti lelaki, beragama Islam, yang tinggal selang 2 buah
rumah dari surau sementara Taman Lestari Putra telah menelefon pihak
polis kerana merasa terganggu dengan bunyi azan dan bacaan ayat Quran
dari surau sementara dan menganggap kehadiran anak-anak yatim itu
mengganggu ketenteraman kawasan perumahan. Tadi kami sempat melihat
beberapa orang penduduk taman perumahan berkumpul didepan rumah wanita
yang membuat laporan polis, tetapi wanita itu enggan keluar rumah.
PERHATIAN!!
Yayasan Scomi telah menjawab isu ini di blog : http://wanista.com/2012/08/berita-pe...rawang-part-2/
Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut.
Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut.
Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan
kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim
di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu
badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi
pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran
badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan
terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.
Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.
SEMACAM ADA KES YANG SEOLAH-OLAH PIHAK PENGURUSAN YANG PECAH AMANAH!
Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.
p/s: A.S RASA MACAM ADA SESUATU YANG PELIK DAN TAK KENA DALAM ISU INI..
SIAPAKAH DALANG SEBENAR DI BELAKANG TABIR YANG MAIN PERANAN DALAM ISU INI? SEMACAM ADA KES YANG SEOLAH-OLAH PIHAK PENGURUSAN YANG PECAH AMANAH!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.
ReplyDeleteIngin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.