Aku rasa macam setuju nak boikot KLCC!

Susah betul org melayu ni.

Yang hairannya...yang membangunkan KLCC itu secara dasarnya adalah orang Melayu tetapi melayu juga yang kena tindas!
Aku bukannya nak bersifat perkauman sangat,tapi aku pun terasa terhina juga.

Benda ni bukan benda main-main. Mesti ada campurtangan dari pihak atasan termasuklah PM dan Tun M selaku penasihat Petronas
Perkara ini sangat serius.
Tapi haruslah disiasat betul-betul insiden ini,mungkin juga ada alasan lain yang kita tak tahu.

Tapi aku nak tegaskan kepada Pihak Pengurusan KLCC dan juga mana-mana pengurusan pusat membeli belah yang banyak mengamalkan 'double standard' terhadap peniaga melayu, jangan permainkan orang melayu!
Tidak cukupkah lagi nikmat limpahan ekonomi di Malaysia yang dikecapi oleh orang bukan melayu terutama sekali kaum cina yang banyak memonopoli dalam bidang perniagaan? 

Ini situasi dalam keadaan semasa UMNO parti memerintah, bayangkan nasib orang melayu seandainya Pakatan Haram memerintah pentadbiran negara. Nauzubillah..

Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.

Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.

Beliau juga mendakwa, pihak pengurusan Suria KLCC memberi amaran akan menaikkan sewa daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika beliau tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.

"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita 'window shopping'.

"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata ibrahim.

Menurutnya lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen ke-Melayuan jika mereka bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC.

"Kita belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang bukan Melayu sahaja," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.-MKini


2 comments:

  1. Cerita sebenar belum keluar lagi.

    Jangan-jangan macam cerita kat Komtar yang tak hendak bayar sewa hanya kerana mereka ahli politik.

    Ada orang Melayu lain yang sanggup bayar sewa dan berniaga kat tempat tu. Tak nampak masalah pun.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya adalah anak kepada pemilik kedai tersebut. Ibu saya Sudah 14thn bersama KLCC. Setiap bulan mmg ibu saya bayar sewa on time. Dari segi sales, mmg ade ups and down, bisnes mana yg tak kan? Itu mmg lumrah bisnes. Yang penting, kami masih boleh bayar sewa everymonth dah masih buat renovation setiap kali disuruh management KLCC. Yang menjadi Isu, kenapa kontrak kami tidak disambung sedangkan kedai2 lain disambung kontraknya? Disitulah timbulnya isu perkauman. Pemilik Orang melayu tak sampai 5% disitu, kenapa perlu dikurangkan lagi?

    ReplyDelete