Jom Boikot Restoran Nasi Beryani Sokong Gay di Bangsar! Anwar Suka ??

Sebuah restoran di Bangsar Utama, Fierce Curry House menawarkan hidangan nasi briyani percuma khas kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg "sling"


MI lihat tawaran itu dilihat untuk mempersendakan garispanduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.   

Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian. 

Adalah amat malang apabila garispanduan yang dikeluarkan kementerian dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga diperlekeh dan dipersendakan oleh rakyat Malaysia sendiri.  Pastinya, yang mempermainkannya adalah mereka yang langsung tidak akan ambil peduli jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti songsang ini. 


<b>Looking good for food:</b> Herukh (second from right) giving away free briyani to (from left) Pang, Loh and Jerome Kugan at Fierce Curry House in Bangsar Utama.
 Pang, Loh and Jerome Kugan di Fierce Curry House Bangsar

Antara yang tonjolkan diri dengan bongkak di restoran tersebut untuk menikmati briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti Merdeka.  Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa.

Pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas reaksi umum yang didakwanya ‘mentertawakan’ garispanduan tersebut.   Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata  dan melihat takrif ‘umum’ hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja.  Ini kerana soal LGBT sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari semua lapisan kaum dan agama.   Jika benar kerajaan ada mengeluarkan garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya.

Hakikatnya, ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula. 


Fenomena ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Haram kononnya sebagai tokoh atau wira, yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT. 

Antaranya ialah peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara ‘orang kuat’ dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT.  Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram, malah jurucakap Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan program tersebut pada tahun 2011.   Selain itu, amat mengecewakan kerana antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam. 

MI harap rakyat Malaysia boleh melihat persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia.

Malah rakyat Malaysia juga mampu menilai dengan waras mereka semuanya punya kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.  Halatuju mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pusat.

Persoalan yang nyata , kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu ‘intim’ dengan PR dan menentang kerajaan? 

Apakah kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara ini.  Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu iaitu bahawa ‘undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan perlu dikaji semula’.  

Jelasnya, bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangka.  Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian ‘terbuka’ kepada idea-idea barat asalkan jangan ‘hudud atau Negara Islam’. 

PAS dilihat terus berdegil untuk sehidup semati dengan Pkr dan Dap dan Pas juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini.   Malah, Pas sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan dan mengsabotaj imej negara. 

Mustahil PAs langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf. 

Akhirnya amat jelas bahawa perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis Peguam dan juga PR termasuk Pas untuk membuka mata masyarakat agar menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan.    Buktinya hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara terbuka dan mendapat sambutan ramai pula. 

MI...apakah anda hairan kalau tokeynya datang dari Hyderabad ? Apakah dia tidak sensitif ? 
Segalanya di Bangsar termasuk Kumpulan Pro Komunis, tunggu MI dedahkan apalagi yang ada di Bangsar. 
-malaysia-instinct

Lapuran STAR

No comments:

Post a Comment