Kecoh! Peniaga Kecil Mengamuk Di Rumah Terbuka Aidilfitri. Exco Lari Mencicit!


Beberapa peniaga kecil Padang Kota Lama dihalang semasa mereka cuba menghalang kereta Exco Kerajaan Negeri, semalam. 



Abdul Malik Kassim
Seorang peniaga kecil di Padang Kota Lama (kanan) kecewa setelah gagal menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah mereka. 


Abdul Malik Kassim


Seorang peniaga kecil di Padang Kota Lama (kanan) memarahi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim kerana enggan menemui mereka bagi mengatasi masalah dihadapi mereka.




Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan pekarangan Balai Rakyat Jalan Patani di sini, yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP Pulau Pinang.
Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata, perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.
Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.
Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.
Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat.
Sepasukan anggota skim rondaan sukarela (SRS) cuba mententeramkan keadaan, namun tidak berjaya dan berikutan kejadian itu terdapat beberapa kereta yang kemek.
Difahamkan majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.
Perhimpunan itu bersurai apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit selepas kekecohan berlaku. - Bernama
A.S kata Kenapa Exco-exco berkenaan perlu lari dari berhadapan dengan peniaga kecil yang mempunyai masalah? Mengapa tidak bantu menyelesaikan masalah mereka? 

YB Malik Kassim merupakan salah seorang dari 2 orang Exco melayu yang menjadi harapan peniaga melayu bergantung harap. Namun sememangnya tak boleh diharap.

Aku yakin mereka bersikap sedemikian kerana sudah tak tahan sangat dengan segala penindasan dan penganiayaan selama ini yang dilakukan MPPP terhadap mereka yang hanya ingin mencari sesuap nasi. Penindasan terhadap peniaga kaum melayu dan India berterusan di bawah kerajaan DAP, peniaga/penjaja kaum cina dibiarkan bermaharajalela! 

No comments:

Post a Comment