Pecacai Pakatan Hangin dengan Esma Daniel? Kenapa Pulak?

 Begitulah persepsi majority rakyat Malaysia yang kagum dan bangga dengan jasa dan ketrampilan Tun Mahathir. 

Dari perspektif Esma, Tun M seorang pemimpin yang sangat dikaguminya sehingga meletakkan nama anak beliau dengan nama Mahathir. 
Aura Tun M hebat sehingga sekarang!

PELAKON berkaliber, Esma Daniel dikurniakan seorang lagi cahaya mata apabila isterinya Nitra Sari Omar selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jam 2.30 pagi tadi dan dinamakan sebagai Mahathir Daniel.

Menurut Esma, 43, pemilihan nama Mahathir untuk anak ketujuhnya dianggap unik dan ia merupakan ‘tribute’ kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu disanjunginya.

Secara kebetulan, Esma turut terlibat dengan pementasan teater ‘tribute’ Tun Dr Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 9 November ini dan sekali lagi dia diberi peranan melakonkan watak Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Alhamdulilah pagi tadi, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki dan saya namakan Mahathir Daniel kerana saya amat mengagumi Tun Mahathir lantas mengabadikan nama itu untuk dia (anaknya),” katanya.

Hasil perkahwinan Esma dengan Nitra Sari, 33, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata bernama Hadif Daniel, Damia Sari, Dalea Sari, Maya Sari dan Mahathir Daniel.  Apa yang uniknya Mahathir dilahirkan sama tarikh dengan abangnya, Hadif Daniel.

Esma turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu dengan dramatis Sheris Merlis iaitu Harith Daniel dan Habib Daniel.

Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai wataknya sebagai Dr Mahathir yang akan digalasnya November depan, Esma menjelaskan, “saya banyak buat ‘homework’ berdasarkan pembacaan saya menerusi buku autobiografi Tun Mahathir ‘Doctor in The House’ dan secara tidak langsung saya dapat mengenali Tun daripada situ kerana melalui penulisan Tun saya dapat rasa kejujurannya."

“Saya berharap dapat buat lebih baik lagi kerana ini merupakan kali kedua saya menjayakan watak Tun Mahathir.  Sebelum ini, saya ‘menjadi’ beliau ketika teater Tun Mahathir tahun lalu yang diarah oleh Rosminah Tahir," katanya.

“Tapi bezanya kali ini saya perlu interpretasikan watak itu dari perspektif dan kaca mata seorang suami kepada seorang isteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment