Sebab Ini Chegubard Merempat Ke Nibong Tebal! Orang Kuat PKR & Chegu Bard letak jawatan!

Inilah faktor utama yang menyebabkan Chegu bard merempat ke tempat orang untuk bertanding ke Parlimen Nibong Tebal. Pergolakan dalaman dalam PKR cabang Rembau cukup kronik. Perebutan untuk menjadi calon PKR di Parlimen Rembau menyebabkan berlakunya pergeseran yang cukup hebat sesama ahli PKR.

Rata-rata ahli disana menolak Chegu Bard dan mereka tak mahu Chegu Bard dicalonkan lagi di sana kerana dia tidak ambil berat permasalahan di tempatnya sendiri sebaliknya lebih kalut dan sibuk bab hal di luar,

Oleh yang demikian, dengan restu Anwar Ibrahim maka berkelanalah Chegu Bard untuk mencuba nasib di tempat orang. Nibong Tebal jadi pilihannya..

Nah, cerita dari rakan blogger merahmato mengesahkan lagi kenyataan di atas! Orang Kuat PKR Letak Jawatan!

Ketua AMK Rembau Md Sani Mohd Shah @ sani amk dan Norazizi Abdul Aziz (Setiausaha Cabang PKR Rembau) memberi tamparan hebat kepada Che Gu Barddengan meletakkan jawatan mereka didalam parti tersebut.

Sani AMK


Norazizi

Kedua-dua mereka ni kalau nak tahu memang orang kuat chegubard.. ke hulu ke hilir bersama.. Alih-alih letak jawatan pulak... Ada Gaduh ke? Ini mesti berebut sapa nak jadi calon bertanding untuk PRU 13 nanti..   

Kalau dah orang kuat PKR dan SAMM ni letak jawatan, bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pimpinan PKR.. Lopeh sorang-sorang nampaknya.. Mungkin mereka dah sedar yang parti PKR itu hanya Parti Kencing Rakyat yang ditubuhkan semata-mata untuk menunaikan cita-cita mat jenin Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lama-lama sok berkuburlah PKR ni....

No comments:

Post a Comment