Inilah akibatnya bila Pakatan haram Selangor dapat memerintah.
Dapat UNISEL kat depa, habis jahanam semuanya.
Tu tak kira masalah seperti bekalan air, pengurusan sampah dan lain-lain lagi yang tidak berkesudahan lagi sehingga kini.
Pentadbiran jadi tunggang langgang, yang menjadi mangsa ialah pelajar yang nak menimba ilmu.
Pekerja JNSB pun gaji tak berbayar. Pikirlah, depa ada anak bini nak tanggung untuk bagi makan.
Malaysia akan jahanam dibawah pakatan haram. Masalah sekecil ini pun tak dapat diselesaikan.
Cakap sajalah bil tak bayar, tak perlulah nak bagi alasan bodoh seperti 'server down' macam tu!
***************
Berang tak dapat kunci asrama, penuntut Unisel mengamuk
Gara-gara tidak berpuas hati dengan alasan ‘server down’ yang diberikan, seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, di sini mengamuk dan menendang pintu masuk pejabat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Dewan Biru sehingga pecah.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang penuntut yang datang ke pejabat untuk sesi pendaftaran kunci asrama bertindak di luar kawalan apabila tidak menerima alasan agar memintanya pulang sementara menunggu sistem kembali pulih.
Seorang eksekutif pengurusan JNSB, Norrashikin Mat Juperi berkata, dia tidak menyangka penuntut terbabit akan bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup menendang pintu masuk pejabat yang diperbuat daripada kaca itu sehingga pecah.
“Mungkin penuntut terbabit marah dan bengang tidak dapat kunci masuk asrama memandangkan pihak kami tidak boleh membuat pendaftaran kunci asrama seperti yang diminta berikutan ‘server down’ dan kesemua rekod serta dokumen penting di dalam sistem terbabit.
“Penuntut kena faham situasi ini dan kita sebagai pekerja JNSB tidak boleh sesuka hati membuat pendaftaran secara manual memandangkan bimbang berlaku pertindihan nama dan kekeliruan data sekali gus menimbulkan masalah kepada rekod sedia ada,” katanya.
Disebabkan tindakan luar jangka itu katanya, kira-kira 10 pekerja JNSB yang ada di dalam pejabat bimbang untuk keluar atau rehat di kawasan kafe berhampiran dan membuat laporan di Balai Polis Bestari Jaya selepas kejadian.
“Saya dan pekerja lain takut untuk keluar dari pejabat atau ke kawasan parkir kereta berikutan bimbang jika penuntut terbabit mahu membuat sesuatu yang tidak dijangka kepada kami akibat tidak puas hati.
“Sebenarnya masalah ‘server down’ ini tidak akan berlaku jika pembayaran tunggakan hutang dapat dilunaskan kepada pihak syarikat sekali gus bil utiliti termasuk bil Internet, talian telefon dan lain-lain dapat dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
“Saya kecewa dan sedih kerana pekerja JNSB yang terpaksa menanggung semua akibat dari segi pembayaran gaji dan masalah berdepan dengan penuntut sehingga berlakunya tindakan luar jangka itu,” katanya yang cukup kesal masalah pembayaran gaji masih menemui jalan buntu.-SH
Salam, Jika sudi mohon pautkan blog saya,
ReplyDeletehttp://revolusimindamelayu.blogspot.com/