Dalam polemik ini kita harus terbuka dan jangan terlalu cepat untuk melenting..
Pada aku Bacaan Surah Al-Fatihah pun merupakan satu doa, dan tiada salahnya surat pekeliling ini dikeluarkan. Benar menurut surat ini kerana surah ini mengandungi beberapa elemen asas yang mencerminkan seluruh initipati Al-Quran.
TETAPI!!
Persoalan aku dimana kewajarannya surat pekeliling ini dikeluarkan dimana kedudukan Islam di Malaysia ialah agama rasmi?
Bukannya lama sangat pun doa selamat yang dibuat dalam setiap pembuka majlis.
Tindakan yang dicetuskan oleh NC UM ini boleh dipertikaikan kerana sepatutnya perkara yang diamalkan sebelum ini dalam majlis-majlis rasmi UM boleh diberi kelonggaran iaitu tidak semestinya suatu majlis itu memerlukan bacaan doa selamat dan doa penutup berdasarkan tujuan dan fungsi majlis tadi.
Ini lebih baik.
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi, sila ambil perhatian terhadap isu ini.
Dikhuatiri tindakan ini dimanipulasikan oleh pihak pembangkang dan mereka akan spin isu ini habis-habisan bagi memburukkan insitusi pendidikan di bawah kerajaan Malaysia walaupun nawaitu NC tadi ada yang positifnya.
Atau ada tangan atau suara ghaib dari si kafir yang mendesak pekeliling ini dikeluarkan?
p/s: Atau mungkin banyak kes doa-doa yang dibaca berbaur politik??
Wahabi ke Jemaah AlQur'an Malaysia. Kalau Syiah lagi panjang puja pujinya......
ReplyDelete