Pergerakan Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menyatakan kesediaan membantu mencari sebuah rumah baru untuk disewa oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng jika benar beliau menghadapi masalah rumah ekoran perjanjian sewa banglo yang didudukinya masih belum diperbaharui.
Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Kah Leong berkata pemilik banglo itu yang hanya dikenali sebagai 'Cik P' didakwa enggan memperbaharui perjanjian sewa itu atas alasan Barisan Nasional (BN) negeri sering 'menyerang' dan mengaitkannya (Cik P) dengan pembelian tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
Beliau berkata setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik sebelum ini membuat kenyataan bahawa disebabkan alasan itu, Lim diarah keluar dari banglo berkenaan.
"Kalau Lim Guan Eng betul-betul tak dapat rumah untuk duduk, saya Tan Kah Leong 'volunteer' cari satu rumah bagi dia sewa. Kita akan bantu dia cari rumah untuk sewa.
"Tidak perlulah 'berlakon' untuk mendapatkan belas kasihan rakyat dengan mengadakan cerita yang bukan-bukan. Sebagai pemimpin politik apabila memberikan alasan tiada lagi tempat tinggal hingga terpaksa tidur di luar rumah nampak seperti budak-budak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sabtu lepas, Ng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Komtar mendedahkan dokumen perjanjian sewa sebanyak enam muka surat antara Lim dan pemilik banglo kepada orang awam.
Perjanjian itu menyatakan Lim menyewa banglo itu sejak 1 Julai 2009 dengan sewaan sebanyak RM5,000 sebulan bagi tempoh tiga tahun sehingga 30 Jun 2012.
Bagaimanapun, Ng berkata pemilik banglo itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu memperbaharui perjanjian itu dan ketua menteri masih tinggal di banglo tersebut walaupun perjanjian sewaan telahpun tamat.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata dakwaan Ng itu ternyata tidak berasas memandangkan BN negeri mula membangkitkan isu 'Cik P' pada 25 Ogos 2012, sedangkan berdasarkan perjanjian penyewaan itu, ia sepatutnya diperbaharui dua bulan sebelum tarikh tamat iaitu selewat-lewatnya 1 Mei lalu. - Bernama
Kandang BABI kan banyak..amekla satu wat rumah...Tokong/Khalifah mst ada byk MAGIC bole 'convert' tmpt tuh nnt jadi ISTANA...
ReplyDeleteekekekekekekekekekekekek
Sorry cos off topic ..
ReplyDeletecuba dengar rakaman audio Mansor Othman TKM1 Penang ni..
MUNAFIKnya dia..
http://anakmelayupenang.blogspot.com/2012/09/woit...
Highly energetic article, I liked that a lot. Will there be a part 2?
ReplyDeleteCheck out my web site; battlefield 4 free