Wajah Mangsa & Suspek 'Rompakan Kawan Bunuh Kawan' Di Taiping

[Kiri]: Mangsa Hasnol Hafiz Saad, 28
[Kanan]: Suspek Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25

Di dalam kejadian kelmarin yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

Sebaik saja berita berkenaan disiarkan di blog ini semalam, seorang pembaca telah mengirimkan alamat facebook kedua-dua mangsa dan suspek dan gambar-gambar wajah kedua-dua yang terlibat dapat GB perolehi daripada facebook masing-masing.

Kepada keluarga Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, kita rakamkan ucapan takziah dan semuga tenang menerima dugaan Allah. -Sumber


A.S YAKIN DENGAN KEMAMPUAN DAN KECEKAPAN POLIS MALAYSIA UNTUK MEMBERKAS SECEPAT MUNGKIN SUSPEK KES INI DAN DIHADAPKAN KE MUKA PENGADILAN SERTA DIJATUHKAN HUKUMAN YANG SEWAJARNYA.

5 comments:

  1. Terlalu awal untuk menuduh rakannye membunuh rakan dengan "kerelaan" kerana versi sebenar hanya si mati dan ALLAH yang tahu.

    Mungkin memang benar suspek yang merancang bersama rakannye yang menaiki Honda Civic hitam.

    Sebaliknya ada banyak kemungkinan dalam kes ini. Mungkin juga sekarang suspek pon sudah tamat riwayatnye di tangan "rakannya" kerana boleh jadi ianya "dipaksa" melakukan perkara ini sebagai satu "ugutan" dari kumpulan samseng. Ini juga satu kemungkinan.

    Kita harap kes ini dapat diselesaikan...

    ReplyDelete
  2. rakan mati, dia menghilang dengan wang 1.2 juta, ada saksi nampak dia menaiki kereta hitam yg menungu di belakang van. kemungkinan kawan makan kawan. Takkan nak pastikan 4 saksi juga kalau yg lihat kurang dari 4 orang. Nanti saudara kau kena rogol perlu 4 saksi juga ke, kalu macam ni sodapnya jadi perogol dlm bilik/hutan.

    ReplyDelete
  3. Xyah kecoh2, suspek utama kami dah tangkap pagi kemarin. dia menyorok di sebuah hutan sempadan Thailand, nk pegi tempat dia pun memakan masa 2jam bejalan kaki merentas hutan bukit. semasa ditangkap suspek berada didalam sebuah pondok(dangau) kebun durian, suspek juga mengaku dengan niat menembak mangsa sebab mangsa xnak terlibat. dia x lari dgn duit sebanyak yg disangkakan, menurutnya dia cuma dpt kurang dari 100k dan wang tersebut telah dibahagikan kepada rakan-rakan terdekat utk tutup mulut dan beri perlindungan. klu x mlm ni tgk esok dlm berita, sbb suspek baru dibawa balik ke perak semalam. sekian..

    ReplyDelete
  4. suspek kedua tu budak 1 batch ngan aku mase skolah kat ipoh...org panggil dier pak din...memang sangat kenal, sama aliran..

    ReplyDelete
  5. jangan main2 dengan duit , duit punya pasal kawan makan kawan , itu perkara biasa ..

    tak kira kawan lama kawan baru, kawan 48 tahun atau kawan 70 tahun pun boleh gaduh
    apatah lagi dalam keadaan terdesak amat teramat , rumah nak dilelong atau kereta rosak teruk, atau hutang keliling pinggang, atau nak bayar bil segala bil,
    atau atas sebab lain yang terlalu mendesak, maka otak pun ligat memikir cara nak duit dengan kadar segera , syaitan pun masuk campur bagi idea ..nafsu membuak, hati meronta , syaitan meniup, maka jadilah kawan makan kawan

    hati2 kerana setiap kita akan diuji ,

    ReplyDelete