Hiasan, namun inilah motif utama yang kita mahu jasad seperti diatas terkorban dijalanraya |
NAMUN, di Malaysia ni keadaannya agak unik sedikit.
Apa sahaja perkara baru yang ingin diimplimentasikan oleh kerajaan, pasti ada pro dan kontranya dan keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap oportunis terutamanya dari pihak pembangkang yang pasti akan memanipulasikan isu ini seterusnya menghasut rakyat termakan dengan dakyah negatif mereka.
Berilah penerangan sampai berbuih mulut sekalipun, kalau hitam, maka hitamlah jawapannya. Kita perlu memikirkan sesuatu perkara itu diluar kotak dan memandang dari sudut yang positif juga. Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kebaikan yang ingin disampaikan.
Namun desakan Pemuda UMNO semalam agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan AES ini ada sebab dan asas dari mereka juga.
Dalam keadaan menghadapi PRU13 yang cukup getir, apa-apa sahaja tindakan kerajaan yang menimbulkan kemarahan rakyat perlu diredakan secepat mungkin.
Dalam keadaan menghadapi PRU13 yang cukup getir, apa-apa sahaja tindakan kerajaan yang menimbulkan kemarahan rakyat perlu diredakan secepat mungkin.
Aku harap, kerajaan UMNO Barisan nasional dapat fikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dalam menghadapi polemik ini.
************************
Negara kita adalah salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan jalanraya yang paling buruk dalam dunia. 20 orang mati setiap hari atau 7,000 nyawa melayang setiap tahun. Ramai dari mereka yang mati tersebut adalah anak-anak muda berumur dibawah 25 tahun yang mati menunggang motorsikal. Kematian mereka adalah kerugian besar kepada masa depan negara kita.
Kajian oleh pakar menunjukkan kos sosial kemalangan di Malaysia ialah RM9 bilion seperti kos perubatan dan kehilangan pendapatan. Ini tidak termasuk penderitaan dan trauma keluarga yang kehilangan suami, isteri, bapa, emak dan anak. Apatah lagi kalau yang mati itu adalah punca menyara keluarga. Jika tidak ada kematian pun, kecacatan teruk juga akan membebankan keluarga tersebut.
AES mula dibincangkan oleh kabinet sejak 2006 lagi. Ianya bukan keputusan tergesa-gesa. Melihat trend kemalangan jalanraya Malaysia yang semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tidkak efektif, maka kerajaan perlu mengambil langkah baru. 90 negara di dunia sistem AES dan sistem ini terbukti efektif.
Sebenarnya, sejak 20 tahun yang lalu, kita sudah pun terdedah kepada sistem pengambilan gambar pesalah jalanraya oleh pihak berkuasa. Ingat saman ekor oleh polis trafik? AES bukannya perkara baru. Malah, AES ebih baik dari ops saman ekor kerana menguna teknologi yang tercanggih untuk merakamkan gambar yang lebih jelas supaya pengguna jalanraya yang disaman tidak teraniaya.
Apabila saya membaca facebook dan twitter, saya dapati ramai yang kurang faham walaupun kerajaan telah menjelaskannya berkali-kali. Berikut adalah soalan lazim dalam facebook dan twitter. Untuk jawpan kepada soalan lazim yang lebih akademik dan ilmiah, sila layari laman JPJ ini (http://www.jpj.gov.my/aes-system)
“Kenapa kerajaan tak buat sendiri?”
Kerajaan boleh buat sendiri tetapi kos kapital AES ialah RM717 juta dengan kos operasi sebanyak RM300-RM400 juta setahun. Kenapa kerajaan perlu berbelanja sebanyak itu jika kerajaan boleh mendapatnya secara percuma? LEbih baik duit yang kerajaan jimatkan itu boleh digunakan untuk buat sekolah dan hospital.
Begitu juga isu penyelanggaraan yang menjadi kerisauan kerajaan. Kalau kerajaan yang buat bermakna saban tahun, kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar untuk menyelenggara sistem kamera dan komunikasi ini. Ingat sistem ITIS yang dikritik oleh Ketua Audit Negara? Kerajaan dikritik oleh Ketua Audit Negara kerana sistem ITIS tidak diselanggara dengan baik. Hakikatnya kerajaan sukar untuk menyelenggara sistem seperti AES ini kerana kekangan bajet, tanaga manusia dan kepakaran. Itu belum lagi isu vandalisma yang memeningkan kepala kerajaan dan pertambahan pekerja awam yang diperlukan untuk mengurus dan memantau sistem AES ini jika pihak kerajaan yang menguruskannya.
Semua ini kos kepada rakyat. Kenapa rakyat yang majoritinya tidak melanggar undang-undang jalanraya terpaksa dihukum membayar sistem yang mendisiplinkan mereka yang melanggar undang-undang? Biarlah pihak swasta yang mencari dana dan menanggung risikonya.
“Kenapa zon had laju 40km dan turun bukit pun kena ada AES? Tak adil! ”
Ada juga pihak yang mengkritik lokasi AES, seperti zon had laju 40km atau zon turun bukit, walaupun mereka tahu ianya ditentukan oleh Miros, Polis dan JPJ berdasarkan kajian dan statistik kemalangan di tempat-tempat “blackspot” itu. Jangan ingat had kelajuan 40km tidak boleh membunuh. Had laju dikuat kuasa di tempat tersebut berdasarkan kebarangkalian kemalangan jika memandu laju. Ada juga yang tanya kenapa letak AES di lokasi menuruni bukit kerana sudah tentu kereta akan bergerak laju menuruni bukit? Bukan kah itu menganiaya pemandu? Jawapannya senang. Bila kita memandu menuruni bukit, kita juga harus patuh kepada had kelajuan yang ditetapkan supaya kereta kita tidak tergelincir atau melanggar kereta lain. Tolong tekan brek dan jangan salahkan “graviti” untuk memandu laju!
“Ini semua untuk kroni BN!”
Alasan kononnya konsesi ini diberi kepada kroni juga adalah alasan tak munsabah. 9 syarikat membida, 7 tampil membuat persembahan (presentation) dan 2 yang dipilih berdasarkan syarat-syarat yang ketat. Pada saya pulangan kepada pelaburan (IRR) yang diminta oleh syarikat-syarikat ini adalah adil iaitu pada kadar 17%. Risiko kepada syarikat juga besar. Jika semua pemandu kereta di Malaysia dengan tiba-tiba patuh kepada undang-undang jalan raya, syarikat-syarikat ini akan menanggung kerugian jutaan ringgit. Kalau kita marah sangat dengan syarikat-syarikat ini kerana kononnya menghisap darah rakyat, jom kita bangkrapkan mereka. Jom kita patuh pada undang-undang!
“Habis, jika semua patuh undang-undang, macam mana syarikat itu nak hidup? Ini mesti ada muslihat nak menipu ni?”
Sebenarnya mereka juga sudah buat kajian. Akan ada pemandu yang dikatakan “habitual offenders” atau “hard-core offenders” berjumlah 9%. Mereka ini tak akan berubah sikap walaupun Ketua Polis Negara senditri datang kerumah mereka memberi nasihat kepada merekan untuk patuh undang-undang jalanraya. Peratusan ini juga ujud di negara-negara lain yang mengamalkan AES ini. Mereka inilah yang akan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tersebut. Yang lain tak perlu risau melainkan anda adalah tergolong dalam 9% itu.
“Padan muka BN.. negeri PR tak nak bagi kelulusan untuk AES di negeri mereka. Syabas PR!”
PR selalu tuduh BN guna “brute force of the majority”. Contoh PR tak nak bagi kelulusan itu juga contoh “tyranny of the minority”. Apapun, ebuhraya atau jalan persekutuan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan walaupun lokasinya di negeri-negeri yang dikuasai PR. Untuk jalan negeri, “see you in court” untuk selesaikan samada PR mempunyai kuasa untuk menahan AES atau tidak. Sementara itu, jika ada kematian jalanraya di negeri Pakatan yang boleh dielakkan oleh AES, saya harap keluarga simati bolehlah bertanya kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim kenapa mereka berdegil dan menolak sistem yang boleh menyelamatkan nyawa orang kesayangan mereka.
Terlanjur bercerita mengenai Pakatan, saya nak tanya bagaimana mereka dapat kurangkan kadar kemalangan jalanraya yang dijangka akan meningkat berikutan dasar “Turunkan harga kereta” mereka? Bukankah dasar itu akan menambah ratusan ribu lagi kereta di jalanraya?
Sekarang ini pun, menururt statisik JPJ, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Malaysia bertambah lebih sejuta setiap tahun kerana rakyat Malaysia semakin bertambah makmur. Malah kajian (http://www.nationmaster.com/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles), menunjukkan Malaysia menduduki tangga ketiga dalam dunia dalam kategori pemilikan kereta setiap 100 ribu penduduk. Hakikatnya, kita tidak akan dapat menyediakan jalanraya yang cukup untuk semua kereta-kereta ini. Suka tidak suka, akan sampai masanya pemandu mesti berdisiplin atau perlu didisiplinkan jika kita tidak mahu kematian bertambah di jalanraya kita yang semakin sesak ini. Dan masa itu adalah sekarang!
Saya sokong AES kerana tanggungjawab, bukan untuk jadi populis
Kita telah melalui banyak fasa untuk mencegah kemalangan jalanraya. Bertahun-tahun kita telah mendidik, mengujudkan gerakan advokasi dan mencegah. Semuanya gagal untuk mengurangkan peratusan statistik kemalangan jalanraya. Sudah tiba masanya kita guna sistem AES ini.
Dengan menyokong dan mengundi AES di Parlimen, saya berpihak kepada rakyat. Saya tidak mahu 7 ribu keluarga yang dijangka menangis dan meraung setiap tahun, terpaksa melalui trauma psikologi kehilangan ahli keluarga mereka yang terbunuh akibat kecuaian pemandu jalanraya. Dan saya tidak mahu Malaysia bakal memegang rekod kematian akibat kemalangan terburuk di dunia jika kita tidak berbuat sesuatu.
Salam.
salam,
ReplyDeleteboleh la mp tu cakap. dia tak memandu macam kita. dia ada driver. kota belud tak macam semenanjung. pi jalan jauh naik kapal terbang. cakap tanpa kajian setakat guna kajian am je.
kaji la bebetul. yg banyak mati tu naik motor, kaki rempit pasal anak muda. apa kaitan dengan kereta ? yg bawa keta laju sampai terbabas tu anak muda yg tengah merempit di waktu awal pagi. apa kaitan dengan memandu di lebuhraya di waktu malam. banyak ke yg mati dan kemalangan pasal bawa laju. ada kajian kes ke? atau main sebut sesedap mulut.
ni yg jadi mp dok rasa bijaksana. kajian biarlah berilmiah. yg mati dalam keta kancil 8 orang di dalamnya. apa kaitan dengan laju? berapa ramai yg mati dalam kemalangan balik kampung ?
kita memandu selama beberapa jam sebelum rehat, mesti ada turun naik tekan minyak. kita bukan ada keta mahal yg ada alat untuk tetap kelajuan. turun bukit tekan brek. memang bodoh orang yg cakap ni. kalu lepas terowong genting, turun bukit beramai-ramai. semua pakat ikut had laju. agaknya macam mana ye waktu balik raya pulak tu. memang tunjuk pandai mp belud ni. org yg tak alami, mana faham. kalu bisness, memang la dia cari jalan bagaimana nak saman orang bukannya nak cegah kemalangan.
ada org bising ke bila polis atau jpj saman had laju. kita mengaku dan merayu. atas budi bicara pegawai la kerana ada waktu kita bawa laju pasal ada kecemasan. kalu ada aes ni, ambulan, bomba tak boleh la pandu laju pasal boleh membunuh. kalu mp kota belud sakit jantung kat umah, biar aje di bawa dengan beca kerana ambulan tak boleh di pandu laju.