Cerita Sadis Kerajaan DAP P.Pinang Cuba Sabotaj Projek Kerajaan Pusat Untuk Rakyat! (Video dan Gambar2)


Berdasarkan aduan dan rungutan yang diutarakan oleh rakyat di sekitar Parlimen Nibong Tebal terhadap Dato’ Zainal,
ramai yang mengeluh dengan keadaan rumah pangsa yang didiami oleh mereka berada dalam keadaan yang uzur terutama dari segi penampilan luarannya. Dato’ Zainal Abidin yang prihatin mengambil serius terhadap hal ini dan demi rakyat Nibong Tebal beliau telah membawa aduan ini sehingga ke pihak atasan.

Oleh yang demikian, berdasarkan janji yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri sempena lawatan kerja beliau ke Nibong Tebal tempohari, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk mengecat semula di 7 kawasan rumah pangsa di kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Keadaan rumah pangsa di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal  yang kelihatan berseri-seri selepas dicat semula. 6 kawasan lagi sedang dalam proses untuk dimulakan kerja.
Alhamdulillah, ini sebagai bukti tanda kerajaan pusat yang sangat prihatin. Bertepatan sekali dengan slogan ‘Janji Ditepati’. Nak harapkan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP melakukan kerja-kerja ini,? Mereka hanya 24 jam bermain politik dan lebih banyak beretorik semata-mata. Bakti kepada rakyat tidaklah segah mana.

Yang menariknya,  Kerajaan Negeri P.Pinang telah bermain tarik tali dan takut dengan bayang-bayang sendiri dengan projek ini. Mereka takut rakyat tahu yang mereka tidak buat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Bagi projek di Rumah Pangsa Taman Desa Jawi yang dimiliki oleh kerajaan negeri ada cerita yang menyedihkan dan tak sepatutnya berlaku oleh kerajaan negeri yang kununnya mengamalkan CAT!.

1. Kerajaan negeri menghalau kontraktor dari menggunakan stor dibawah flat tersebut bagi meletakkan barang-barang kerja.
2. Kerajaan negeri menghalang kontraktor menggunakan bekalan air dan elektrik yang terdapat dikawasan flat 4 blok tersebut.
3. Kerajaan negeri menghalang SDO (Pejabat Pembangunan Negeri) menggunakan dewan dibawah flat dan persekitaran flat bagi mengadakan majlis bersama penduduk.
Alhamdulillah, dapat menggunakan kawasan di perkarangan Balai Bomba Sukarela Jawi

4. Kerajaan negeri tak membenarkan papantanda projek dinaikkan bagi mengelakkan penghuni di situ tahu bahawa itu adalah projek kerajaan Pusat.
5. Ini yang paling melucukan sekali, kerajaan negeri juga telah bercadang untuk mengadakan Program Bersama penduduk untuk 'claim' bahawa kononnya projek ini dilakukan atas insiatif dan hasil usaha mereka.
Dasar muka kulit bewak betul kerajaan DAP P.Pinang ini.

Semua perkara-perkara diatas menyebabkan perlaksanaan projek diatas tergendala dan Alhamdulillah setakat ini hasil usaha dan bantuan penduduk sekitar yang prihatin, Kerja-kerja telah berjalan sekitar 30%.

Rata-rata rakyat di kawasan tersebut menyambut baik dengan usaha ini dan bersyukur atas usaha kerajaan UMNO Barisan Nasional dan kecewa dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang melalui Pejabat Perumahan Negeri yang dilihat seolah-olah cuba 'menyukarkan' usaha mengecat rumah pangsa mereka.
Rakyat sekarang sudah bijak menilai, yang mana intan yang mana kaca.

p/s: Ada pegawai kerajaan negeri yang takut nak sign surat beri kebenaran mengecat flat tersebut kerana takut dimarahi oleh Guan Eng woo...
Orang nak cat baru, bukannya nak bagi jahanam..

No comments:

Post a Comment