Prof Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai pandangan peribadi tentang hala tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut.
"Beliau tidak mencabar, cuma beliau memberikan pandangan tentang arah tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut," kata beliau.
Tambah beliau, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, hanya menyatakan pendirian seharusnya Pas tidak boleh ikut parti dalam PR yang bertentangan dengan prinsip mereka."Pas seharusnya tegas dalam pendirian mereka walaupun berada dalam PR, dan mereka tidak seharusnya berdiam diri," katanya."
Disebabkan Pas berdiam diri, inilah yang membuatkan Nasharudin tidak suka kerana ramai yang akan mempersoalkan tindakan parti tersebut termasuk para pengundi Pas sendiri," tambah beliau.
Kata beliau lagi, dalam matlamat PR untuk menawan Putrajaya, Pas hanya berdiam diri tentang perkara yang penting untuk menegakkan Islam di Malaysia.
"Demi menguasai Putrajaya, Pas sanggup mendiamkan diri tentang perkara pokok dalam Islam apabila berdepan dengan dengan kepimpinan PR yang lain," katanya.
"Kalau beginilah keadaanya, dan perkara ini tidak dapat diselesaikan menjelang pilihan raya, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada Pas sendiri dan akan memberi kesan terhadap hubungan dengan parti- parti lain," tambah penganalisis ini.
Pengundi adalah bijak dan mereka akan menilai semula kredibiliti Pas, malah kemestian untuk membuat satu pendirian yang tegas adalah perlu, kata beliau.
Pada masa yang sama, Ahmad Atory turut mengulas tentang Kabinet bayangan PR yang kemungkinan Pas tidak akan mengetuainya jika perkara ini berlarutan.
"Pas seharusnya menjadi 'juara' dan ini adalah harapan rakyat terutama orang Islam yang mengundi Pas untuk melihat pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri... jika masalah ini tidak selesai, sampai bila-bila parti tersebut tidak akan mentadbir," jelas beliau.
Pakcu bukan nak kata apa..tapi beginilah nasib parti orang Melayu sebenarnya bila cuba menumpang dengan "orang asing"...sekedar melukut ditepi gantang..tapi hebat mengutuk sesama bangsa sendiri,malah serbi tak kena tapi berdiam diri bila bawah ketiak orang lain.....
ReplyDelete