'Lidah Panjang Pulak Dah! Macam-Macam Orang Tua Ni!


Macam-macam la mu ni Pok Nik.
Apabila ada orang yang menegur PAS, bermacam-macam label dan panggilan kurang enak dilemparkan terhadap orang itu. Pok Nik seharusnya bermuhasabah diri dan berfikir secara matang rasionalnya Ustaz Nasha mengeluarkan kenyataan yang sedemikian.
Bukannya membalas dengan tidak berfakta dan terus mengata orang yang bersuara. Si Mahpus tu jangan cakaplah, diri sendiri pun tak terurus, ilmu pun tak setinggi mana, ada hati nak tunjuk pandai kononnn..
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Pas, mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas. 
“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok,  sikap itu seperti  'lidah panjang',” kata Nik Aziz. 
Pendirian Nasharudin yang mengkritik kerjasama Pas dan DAP tidak disenangi Nik Aziz yang pernah memberi kata dua kepadanya supaya melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok pada 2009.Sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Nasharudin Mat Isa telah"menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. 
Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.
Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas. 
"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment