Wajarkah? Wanita ini dijatuhkan Hukuman Mati kerana Membunuh Lelaki yang Cuba Merogolnya

A.S kata jika di Malaysia, InsyaAllah si wanita ini akan terlepas dari hukuman ataupun sekurang-kurangnya dikenakan hukuman yang ringan.
Ini barulah kejam namanya. 
Pecacai pakatan kalau kena kat anak atau sedara mara depa hukuman macam ni baru depa tau erti sebenar ketidakadilan dan kezaliman.

Namun mungkin ada sesuatu fakta kes sebenar yang tidak didedahkan yang menyebabkan hakim membuat keputusan sebegini? 

Apapun, bagi aku ini memang tak patut dan tak wajar.


****************

Wanita Yaman dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh saudara lelaki yang cuba untuk merogolnya pada Jumaat, 19 Oktober 2012
Seorang wanita Yaman yang mendakwa telah ditembak perogol
yang dituduh beliau dalam mempertahankan diri telah dihukum mati. (Reuters)
Seorang wanita Yaman telah dijatuhkan hukuman mati kerana telah melepaskan tembakan dan membunuh saudara lelaki yang memanjat dinding rumahnya yang berniat untuk merogolnya.

Raja Hakimi pada mulanya dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh mahkamah daerah di wilayah selatan Ibb. Hukuman itu ditukar kepada hukuman mati oleh mahkamah rayuan, menyebabkan bantahan para wanita dan kumpulan hak asasi manusia.

Women Journalists Without Chains (WJWC), sebuah organisasi diasaskan bersama pada 2005 oleh Tawakkol Karman, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2011, mengutuk hukuman mati terhadap Raja sebagai sebuah "PemerintahAN yang zalim, yang melanggar semua undang-undang dan Universal Declaration of Human Rights"

WJWC berkata dalam satu kenyataan bahawa wanita terbabit, Hakimi, "hanya mempertahankan dirinya" terhadap seorang lelaki bersenjata yang cuba untuk menggunakan peluang sewaktu ketiadaan suami wanita tersebut dan menyerang beliau dengan niat untuk merogolnya.

Lelaki itu dilaporkan membawa pistol dan memanjat dinding rumah Hakimi tengah-tengah malam dan cuba untuk memasuki rumah melalui tingkap, menurut Adenalghad.net dan laman web suara-yemen.com.

Apabila Hakimi melihat lelaki tersebut, Hakimi yang ketakutan mengambil pistol suaminya dan melepaskan tembakan kepada penyerang itu. Dia jatuh ke lantai dan meninggal dunia. Pada waktu pagi, jirannya melihat tubuh lelaki itu dan memaklumkan kepada polis,kemudian Hakimi ditangkap.

Hakimi mengaku bersalah membunuh tetapi menegaskan bahawa dia membunuhnya kerana mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, kata-kata beliau telah tidak diambil kira oleh mahkamah rayuan, yang mengarahkan dia digantung sampai mati. 
-atlasshrugs2000.typepad.com

No comments:

Post a Comment