Kubu Kuat DAP Berjaya Ditembusi! (Pics)

Sebentar tadi telah berlangsung majlis Penerangan yang telah disampaikan oleh Puan Tan Cheng Liang, Penyelaras BN bagi kawasan DUN Jawi yang terletak didalam Parlimen Nibong Tebal.

Ceramah yang diadakan di kampung jawi ini merupakan satu kawasan 95% penduduknya adalah dari kaum cina yang mana pada PRU2008 yang lalu, BN hanya mampu memperolehi sekitar 15% undi di kawasan tersebut. Untuk makluman, kerusi ADUN Jawi sekarang disandang oleh YB Tan Beng Huat dari parti DAP.
Dari rungutan yang diterima, ramai pihak terutamanya dari kaum cina di dalam DUN Jawi yang tidak berpuashati dengan khidmat dan kerja yang dilakukan oleh ADUN DAP ini.

Dari sambutan yang diterima kehadiran yang melebihi 100 orang, sekurang-kurangnya boleh dilihat masih ada sinar keyakinan yang undi dari kaum cina akan bertambah pada PRU13 yang akan datang ini dan bukannya makin merudum teruk sebagaimana yang didakwa oelh puak pakatan haram yang angkuh.Wajah-wajah dari orang muda kaum cina juga banyak yang kelihatan.

Secara tuntasnya, ini secara tak langsung  kerusi Parlimen Nibong Tebal tak mustahil boleh dirampas oleh calon dari Barisan Nasional dari PKR sekarang ini tambahan pula kemelut dalaman PKR yang semakin kronik berikutan pemilihan Mansor Othman sebagai calon yang mengenepikan terus pelbagai kerja keras Chegu Bard sebelum ini.

Mudah-mudahan, InsyaAllah.
Pilih Pakatan Jahanam Negara, Pilih BN Anda Bahagia itu sahaja pilihan yang ada.




No comments:

Post a Comment