Panas! Siapakah Bekas Menteri Yang Bercuti Bersama Rozita Che Wan Di London?

Zubir MY kembali lagi dengan gossip yang akan membuatkan Rozita Che Wan dan mereka yang berkaitan tidak senang duduk. Kali ini dengan bukti nyata, khabarnya.
Menulis tulisan Zubir MY menerusi Berita Harian semalam, ada sumber memaklumkan kepada beliau yang Rozita Che Wan bukan hanya terbang bersama adiknya ke London, UK.

Kehadiran Ayu Raudhah menemani Rozita Che Wan ke London baru baru ini khabarnya hanya sebagai cover line kerana ada seorang bekas menteri yang turut serta dalam percutian itu.

Bekas menteri itu merupakan pemegang kad kredit platinum dan pembelian tiket beliau ke London itu di’sertai dengan sekeping tiket percuma — tiket itu di’berikan kepada Rozita Che Wan.

Rozita Che Wan dan bekas menteri itu punyai nombor tempahan tiket yang sama, L1YNC selain ada krew penerbangan yang nampak pasangan ini duduk bersama di’dalam pesawat.

Sebelum terbang pun, Rozita Che Wan dan bekas menteri itu di lihat di suite mewah sebuah lounge di KLIA sekitar jam 9.00 pagi. Penerbangan mereka pada 10.05 pagi tersebut.

“Perkataan flown yang tertera pada jadual penerbangan Rozita Che Wan & bekas menteri membuktikan yang kedua duanya sudah menggunakan tiket mereka. Terpulanglah pada Rozita sama ada dia hendak mengaku atau sebaliknya,” ujar sumber Berita Harian itu.-BH

No comments:

Post a Comment