PAS Macam Taliban Pertikai Elton John! Anwar?

 Aku bukannya nak sokong apa jua penganjuran konsert tambahan pula melibatkan artis negara luar.
Apatah lagi aku nak sokong gay sebagaimana geng LGBT pro Anwar sedang perjuangkan sekarang.. Yucckkss..
Cuma kita kena realistik, tiada pun paksaan orang Islam diwajibkan hadir ke konsert itu. Banyak lagi kerja dakwah kita boleh lakukan di luar sana daripada buat kecoh hal yang tak signifikan kepada negara kita sebagaimana kehadiran Elto John ini.

Elton John  pun bukannya diberi slot khas di pentas konsert ataupun di media massa untuk sebarkan pengaruh Gay di malaysia ni sebagaimana puak LGBT yang pro pakatan perjuangkan hak mereka di merata-rata. 
Yang tu pecacai PAS tak mau kecoh pulak!!
Semua ni tak lebih dari nak raih publisiti murahan!

Di Malaysia ni pun ramai pengacara gay,penyanyi gay. 
Apa hal pulak elton john pulak kena?
Dia datang menyanyi bukan nak tunjuk dia gay ka apa...tu hal peribadi dia...
Kalau kita halang elton john...apakah gay akan tiada dinegara kita ?

*****************

Dewan Pemuda Pas Pahang mempertahankan pendirian membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands, 29 November depan. Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata, Pas hanya melontar pandangan kerana konsert itu bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya negara ini malah boleh disifatkan sebagai program maksiat.

“Nabi Muhammad SAW ada menyebut sesiapa yang melihat kemungkaran perlu mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu dengan tangan, ubah dengan lidah dan jika tidak mampu dengan lidah, ubah dengan hati. “Ubah dengan hati ini bermakna membenci dan dalam konteks konsert tersebut kita (Pas) anggap ia program maksiat dan untuk apa kita hendak sokong program yang membawa konsep maksiat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. “Kita (Pas) tidak kata Malaysia akan jadi seperti Britain yang mengiktiraf perkahwinan sejenis, tetapi membenarkan konsert itu seolah-olah kita mengiktiraf golongan sedemikian yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT,” katanya.

Ekoran kenyataannya membantah penganjuran konsert Elton John, 64, di Genting Highlands itu, Shahril Azman dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh beberapa laman blog. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika mengulas bantahan itu turut menasihatkan Pas supaya ‘jangan tiru Taliban’ sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

p/s: Apa komen Bang Non dalam isu ini???? 

No comments:

Post a Comment