Saman AES bukan
sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan
utama pelaksaan saman AES ini memang ternyata murni di Malaysia, mahu mengurangkan
kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap
tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).
Dan kita sebenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kita mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan
pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga
sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa
bersebab…..
Namun mungkin ada beberapa aspek yang dilaksanakan di negara luar yang boleh diimplementasikan di Malaysia yang memungkinkan majority besar rakyat Malaysia dapat menerima perlaksanaan penguatkuasaan sistem saman ini secara lebih rasional dan tidak dipengaruhi emosi.
Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?
Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?
Semakan menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
- Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
- Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
- Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
- Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
- Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
- Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
memang JPJ tak de kesian punya kalau polis boleh lak ada diskaun, nampak sangat nak cari duit.
ReplyDeleteElok tukar je pengarah JPJ
ReplyDeleteItulah kalau cakap makan gaji buta, marah! Yang ada tu pegawai yg ada kelulusan tinggi tapi otak letak kat lutut! Sebelum buat implementasi tu fikir dulu. Kalau setakat ikut orang lain tapi tak faham konsep, apa guna!. Bila rakyat kata kerajaan memang nak cekik duit rakyat, dah tak boleh jawap. Jawapan yg ada pun yg tahap bodoh gaban! Huh! Buat susah rakyat bayar cukai utk bayar gaji kau orang!
ReplyDeleteKenapa kerajaan nak laksanakan AES kat Malaysia, rakyat Malaysia dah la berpendapatan rendah. 1kmh = RM300, nampak sgt nak ambik kesempatan. kan lebih baik, budget utk laksanakan AES digunakan utk menaikkan taraf hidup rakyat. Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini.
ReplyDelete