Apek Dengan Sharifah Zarina Pula?


2 Bulan Sharifah Zarina Tunggu Khairul Fahmi Che Mat 

Kalau ditanyakan pada peminat muzik, lagu apakah yang terhangat dan menjadi siulan masa kini, pastinya lagu yang turut disenarai ialah Memandang Awan nyanyian Sharifah Zarina. Ya, lagu itu sedang ligat diputarkan di corong-corong radio tempatan.


Berita baik buat peminat Sharifah Zarina kerana video klip Memandang Awan akan dilancarkan tidak lama lagi. Lebih menarik, klip video tersebut menampilkan gandingan dua selebriti popular iaitu penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya dan penjaga gol bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

"Alhamdulillah selepas lagu saya bersama Zamani berjudul Tak Keruan di release awal tahun ini, kini single saya yang berjudul Memandang Awan juga mendapat sambutan dan kerap dimainkan di corong-corong radio.

"InsyaAllah dalam masa terdekat ni saya akan lancarkan muzik video lagu itu. Dalam klip video tu ada Sharifah Aleya dan hero saya adalah Apex. Saya pula hanya menyanyi saja", kata Sharifah Zarina kepada malaysiandigest.com ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan dua personaliti terbabit, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Langit Ketujuh ini memberitahu lagu tersebut adalah ciptaan pemain druM kumpulan Pretty Ugly iaitu Ashraf yang juga merupakan bekas suami kepada Syarifah Aleya. Kerana itu dia merasakan yang Aleya sesuai berlakon dalam video klip itu.

"Lagu tu ciptaan bekas suami Syarifah Aleya. Masa saya memberitahu hasrat saya pada dia (Aleya) yang saya mahu dia berlakon dalam klip video tu, dia okay. Saya tak pasti lagu itu tentang mereka atau tak. Tapi Kalau kita tengok semula lirik lagu tu, pada saya mungkin lagu tu ada kena mengena dengan kehidupan dia dan bekas suaminya.

"Sebab tu, saya rasa Aleya memang sesuai untuk muncul dalam klip video tu walaupun dia ada menyatakan kebimbangannya disebabkan dia bertudung. Saya katakan padanya, okay tiada masalah. Dan apabila Aleya bersetuju untuk berlakon dalam klip video lagu ciptaan Ashraf, ini juga kira hadiah untuk anak-anak mereka", ujar penyanyi berusia 31 tahun ini.

Sementara mengenai pemilihan Apex pula, idea itu datang dari seorang rakan artis yang mencadangkan kepadanya. Syarifah Zarina memberitahu pada awalnya dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan Apex disebabkan jadual Apex yang padat. Namun dia sanggup menunggu selama dua bulan semata mahukan personaliti sukan sensasi itu berlakon dalam klip video berkenaan dan penantiannya berbaloi.

"Mula-mula saya nak Aaron Aziz. Tapi dia sangat sibuk. Kemudian atas cadangan Sharifah Syahira, memberi idea untuk saya mengambil Apex, saya berusaha juga mendapatkan Apex. Pada awalnya memang susah sebab dia terlalu sibuk. Dua bulan saya tunggu dia.

"Klip video tu sebenarnya dah siap dua bulan lalu cuma babak untuk Apex saja yang belum selesai. Tapi baru 19hb lepas saya berjaya dapatkan Apex.

Tambahnya, mengenali Apex walaupun hanya satu hari, itu pun ketika sepanjang penggambaran, Sharifah Zarina berkata dia terkejut kerana Apex pandai berlakon dan bijak menyesuaikan diri.

"Saya terkejut sebab dia sangat pandai berlakon. Kami tak ajar dia berlakon pun, cuma terangkan apa yang dia perlu buat. Tapi bila di set dia sangat natural. Saya suka. Saya ingatkan dia ni seorang yang pendiam tapi masa di set dia buat kami rasa selesa sebab dia pandai berbual. Ada saja perkara yang cuba dibualkannya", katanya lagi.

Dalam pada tu, Sharifah Zarina juga memberitahu dia kini sedang mencari lagu baru daripada mana-mana komposer atau penulis lirik.

"Saya juga sedang cari lagu baru. Saya tak kisah daripada sesiapa pun, baik dari komposer senior mahupun komposer muda. Saya juga dah minta daripada beberapa komposer, sekarang ni masih lagi mencari lagu yang sesuai dengan saya", tutur ibu kepada tiga cahaya mata ini sambil mengakui genre balada memang merupakan kekuatannya dan tidak mahu beralih ke genre lain. -malaysiandigest

No comments:

Post a Comment