Aku tau hang hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
Biarkanlah orang nak menghina dan mencaci,tidak dinafikan memang ada 'SEGELINTIR' sahaja bikers yang aku sendiri pernah lalui memang agak biadap / bersikap samseng di jalan/lebuh raya.
Tapi kalau korang si bikers tak melakukan kesalahan seperti tersebut, mengapa harus melenting?
Samada lakonan atau tidak bagi aku itu tak penting, mesejnya disini kenyataannya ialah ramai pengguna jalanraya yang menunggang laju motosikal berkuasa tinggi mereka, yang kereta memecut deras dan lori serta bas juga tidak ketinggalan membahayakan pengguna jalanraya yang lain.
Majalah3 hanya sebagai medium yang nak menyampaikan mesej agar kita semua berhati-hati dan berhemah di jalanraya! Nak bagi kesedaran pun nak mengamuk ke?
Memang ada bikers yang bersikap sebegitu tapi tak terakam dek video.
Ini kenyataannya.
Rilek la bikers-bikers sekalian!
Bengang sekalipun tak payah nak mencaci, mengeji dan memaki hamun mazidul ni. Tu dah jadi trademark pecacai pakatan haram!!
Harap korang bertenang dan baca penjelasan dari sdr mazidul sendiri.
Sebenarnya ikhlas dari aku, tak da apa isu pun yang panas disini. Buat-buat rilek sudah...
FB Page Desak mazidul Moh0n Maaf
Video Yang Fokus Kepada Bikers Sahaja
Video penuh Rakaman Majalah 3 Di TV3
http://www.mazidulakmal.com/2012/12/bukan-semua.html
ReplyDeletejangan nak putar belit lah. video kesedaran mmg bagus. bikers melenting sebab persepsi negatif masyarakat selepas ni pada bikers kerana disajikan video yang takde kejujuran. menipu. lantas di label pelesit jalanan. takde sapa pon yang marah kalau video tu jujur dan asli. takde sapa pon yang marah kalau tv3 memberi kesedaran. masalahnya sekarang ni video tak jujur, mengecam pulak tuh.
ReplyDeleteSalam, harap lepas ni majalah 3 boleh paparkan pulak bikers charity ride macam yg selalu kitaorg buat ride ke rumah anak yatim, bwk anak anak yatim ride dll..... berilah peluang pada bikers supaya tidak menunjukkan semua penungang motosikal besar ini jahat dan berlagak...
ReplyDeleteassalamualaikum sekalian. maaf saya punya pendapat ni berdasarkan pemerhatian saya. bukan semua bikers buat mcm tu. tapi adalah yg suka tunjuk hero konon dia boleh buat. gaya mcm tu diobuat oleh bikers yg x berakal. pengalaman saya sendiri ada rider superbike yg buat gaya superman. terkejut saya tengok walaupun saya pun biker atau rider. rider yang ratanya menyertai club akan diterapkan dengan disiplin menunggang. yg bebas yg ada yg buat mcm laporan mazidul.
ReplyDeleteKalau bawa superbike tapi maintain 110km/jam... apa celup bro.
ReplyDeleteSo bigbikers semua jangan lah nak kelentong nak melenting.
Kaurang memang patut di panggil pelesit jalanan.
jangan mareh...kakakkah