ADAKAH ANWAR BAKAL TERJERAT DENGAN SAMANNYA SENDIRI? HAHAHA 
A.S MUDAH SAJA, BERANI KERNA BENAR , TAKUT KERNA SALAH..
MAI SAJALAH KE MAHKAMAH, BANYAK AKAI BETUL LA PECACAI PAKATAN NI NAK ALIH KES..
 
Himpunan Shamsidar 12 Januari?
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan 
mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan 
bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin 
Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.
Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu 
dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum 
perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.
“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses 
undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar 
menjadi saksi?
“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal 
berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi 
keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat 
penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan 
ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka 
hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - 
Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh 
Anwar biseksual.
Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan 
sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes 
saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei 
lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi 
membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.
Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar 
melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi 
bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi 
Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya 
berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat 
hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.
Video di bawah ada kaitannya..

Semua saksi orait saja, kecuali Samsidar.
ReplyDeletewei,anuar dh takut wei..pdn muka iblis tu..
ReplyDelete