Keghairahan Nurul Izzah Tersentot!


KUALA LUMPUR: Jumlah anggota polis belum mencukupi dan tindakan membeku pengambilan anggota baharu tidak boleh dilakukan kerana akan menjejas perkhidmatannya kepada masyarakat.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan merancang membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.

Nurul Izzah mendakwa nisbah seorang anggota polis kepada penduduk Malaysia mencecah 270, melebihi nisbah yang diperaku polis antarabangsa (Interpol), iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.


Mortadza juga berkata dakwaan pembangkang itu tidak benar kerana nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk, dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.


Mortadza berkata pembangunan pesat Malaysia menuntut pertambahan tugas dan jumlah anggota polis bagi menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan.

"Kita sekarang dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana keberadaan pihak polis di satu-satu tempat termasuk di pusat membeli-belah dan kawasan yang berisiko," katanya.

Beliau berkata sebagai contoh pembangunan di Petaling Jaya sahaja telah menghasilkan kawasan pentabdiran daerah yang semakin luas dan memerlukan anggota lebih ramai.

"Kalau di Kuala Lumpur pula, populasinya kira-kira tiga hingga empat juta orang, jadi berapa ramai pula anggota polis kita perlukan di sini," katanya.- BERNAMA

 Jom tengok apa kata Anak Anwar ini yang nak tunjuk pandai seperti di bawah kononnya Polis Malaysia dah terlebih ramai. 
Ulasan mengenai Izzah yang membayangkan Malaysia bakal di bawah pemerintahan kuku besi jika PR memerintah korang boleh baca entry aku di .SINI


Lain kali lebih baik Anak Anwar  ni diam dari berkata sesuatu yang kita tak tahu. 
Jangan serlahkan kebodohan dan kepoyoan kita kepada rakyat. 
Sia-sia saja Pakatan bakal hilang lagi banyak undi dari Polis.
 

1 comment:

  1. Haahaha Nurul Izzah kantol tak tau matematik. 1:270 lebih banyak dari 1:250. Mana la dia belajar Matematik ni.

    ReplyDelete