Keterujaan Rakyat Penang..

Ratusan rakyat Pulau Pinang hari ini membanjiri gerai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membuat permohonan rumah mampu milik yang diadakan sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di kampus Universiti Sains Malaysia di sini.

Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan mereka begitu teruja untuk membuat permohonan atas talian yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pengunjung Noraini Awang, 46, berkata pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan membina 20,000 unit rumah mampu milik di negeri ini disambut dengan penuh kesyukuran.

"Kami dah jenuh (bosan) menyewa. Sekarang tengah cari rumah yang lebih selesa kerana anak-anak makin membesar, sudah tidak sesuai tinggal di pangsapuri yang sempit," kata ibu kepada lima anak itu kepada Bernama di sini.

Salah seorang pengunjung, Kelvin Tan, 36 berkata kaedah permohonan dalam talian dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan pembeli.



A.S kata, Alhamdulillah. Rakyat P.Pinang terbela di bawah Barisan Nasional. 
Kalau nak harapkan rejim pakatan DAP, sampai berjanggut la nak kena tunggu untuk memiliki rumah mampu milik dalam Pulau Pinang. Hampeh..

No comments:

Post a Comment