Kurang Ajar! Iklan 'Anti Jihad, Sokong Israel' Bakal Disiarkan Di New York, Amerika

Nampaknya selepas penyiaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW di Amerika Syarikat, penyiaran kartun yang menghina Nabi dan Islam di media Perancis dan German baru-baru ini, sekali lagi pihak dari Barat cuba untuk mengapi-apikan perasaan umat Islam dari seluruh dunia.

Dijangkakan minggu depan, stesyen keretapi di New York akan memaparkan iklan anti jihad dan pro Israel yang bertulis, "In any war between the civilized man and the savage, support the civilized man. Support Israel, defeat jihad.

"Menurut New York Times, iklan tersebut dibiayai oleh American Freedom Defense Iniative (AFDI), kumpulan yang sebelum ini pernah menentang pembinaan masjid dan pusat komuniti berdekatan bekas tapak World Trade Center. AFDI membeli ruang iklan tersebut setahun yang lepas tetapi Metropolitan Transportation Authority (MTA) New York menolak cadangan tersebut dengan alasan iklan tersebut akan menyinggung pihak lain.

Namun AFDI menyaman MTA dan menang dalam hak untuk menyiarkan iklan tersebut. Jurucakap MTA berkata "tangan kami telah terikat" dan tidak mampu berbuat apa-apa. Iklan tersebut dijangkakan akan disiarkan di 10 buah stesyen keretapi bawah tanah bermula minggu depan.

Pamella Geller, Pengarah Eksekutif AFDI menegaskan bahawa protes yang berlaku di negara-negara Islam ketika ini tidak akan menganjakkan penyiaran iklan tersebut walaupun sesaat.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment