Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di KualaNnerang, kedah, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.
Mohd Shukri Che
Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lepas, namun kecewa
selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu,
bukan kehendak majoriti.
"Mereka
(pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan
khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.
"Kami golongan
muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO
yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda
memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika
menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk
Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.
Bagi Zakiah
Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak
mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.
Beliau yang
menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada
seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang
sedang sakit.
Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Sementara itu,
Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata
walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau
yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional
khususnya di Padang Terap.
"Saya dapat
tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya
mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau
menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita,"
katanya.
Mahdzir berkata
penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran
generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.
Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO. -BERNAMA
Published with Blogger-droid v2.0.8
Bangga sungguh kerana ramai anak muda memahami perjuangan UMNO.
ReplyDeletebukti anak muda skrg ini majority tolak fcukatan!!
ReplyDeleteAku tak kisah kalau dia nak masuk UMNO atau PAS. Yang penting, undi mesti pergi ke BN. Bila BN tadbir negeri dengan ramai ahli PAS di sana, UMNO akan lebih berhati-hati. Jangan stakat masuk UMNO tapi undi PR.
ReplyDeleteGEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang