Sadis! Musafir Dibakar Hidup-Hidup Di Luar Balai Polis!!


HYDERABAD – Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. –  Reuters

A.S kata, Ya Rabbi.. Kelakuan sebeginilah yang mencemarkan nama Islam.  Adakah Islam mengajar kekerasan sehingga ke tahap ini?
Orang itu musafir bermalam,dengan mudahnya beliau dituduh membakar Al - Quran sebab pak imam kata dia yang bermalam di situ! 

Sebenarnya susah nak cakap perkara ini. Di sana masyarakat sangat sensitif dan ekstrim.
Benarkah musafir tersebut melakukannya dan apakah hukuman tersebut selaras dengan kehendak Islam?


No comments:

Post a Comment