Waa... Apek Bakal Dinikahkan Oleh Pok Nik!

A,S nak pesan kat Pok Nik, kalau betul di Klate nak tegakkan syariat Islam sepenuhnya,pi la tegur bakal bini si Apek tu untuk menutup aurat sepenuhnya. 
Asyik duk tuding jari sana tak betul, sini tak betul, cuba lakukan perkara yang dibawah kuasanya dulu sebagai pemerintah negeri Klate. Ada berani?

Apek cemerlang dan menempa nama kerana TS Annuar Musa yang cekap mentadbir KAFA, Pok Nik yang tumpang toi dapat nama.Hehe Takpalah, Pok Nik pun nak tumpang glamour jugak.
Apapun sebagai saudara sesyahadah, aku doakan Apek dan isteri moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan menjadi keluarga yang diredhai oleh Allah swt.

Diharapkan Pok Nik dan adindanya tak menclakokan orang lain lagi.

********************

Hanya tinggal 18 hari saja lagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Apa yang pasti, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato ` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.-Murai

1 comment:

  1. Sah ke nikah tu nanti bilamana Setan yang mewalikan pernikahan tu nanti....

    ReplyDelete