Apa Dah jadi Bang Mat? Dari Sejuta Tinggal 60 ribu?


UMUM tahu bahawa Pakatan Rakyat telah menyasarkan kehadiran seramai 1 juta orang peserta demonstrasi Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur Sabtu ini.  Ramai menjangkakan, kalau tak sejuta orang hadir pun, sekurang-kurangya angka yang hampir dengan itu, 900 ribu atau 800 ribu.
Bukan 60 ribu!!!

Ya, 60 ribu, itulah jangkaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti yang disebutkan beliau sendiri dalam satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pihak berkaitan himpunan tersebut yang diadakan semalam.

Atas sebab-sebab tertentu, penulis tidak dibenarkan untuk menyatakan pihak mana yang terlibat dalam perjumpaan tersebut.

Walaupun perkara ini disebut dalam perjumpaan tertutup, tapi tidak ada halangan untuk sesiapa yang hadir menyampaikan maklumat ini kepada orang luar.  Mat Sabu seharusnya memikirkan perkara ini sebelum memberikan  anggaran kehadiran yang pada hemat penulis begitu rendah dari jangkaan 1 juta orang.
Baru bercakap tentang peserta himpunan, belum lagi persiapan logistik.

Khabarnya, t-shirt bertema untuk dipakai peserta himpunan juga masih banyak yang tidak terjual.
Tambah memburukkan keadaan, Wanita Pakatan Rakyat memilih untuk mengguna T-Shirt berwarna ungu – berlawanan dengan ketetapan 4 warna yang telah diputuskan Pakatan Rakyat iaitu merah untuk Royalti, kuning untuk Bersih, hijau untuk Anti-Lynas dan oren untuk membantah penyenaraian FGVH.
Tidak setakat itu, dari 100,000 topeng muka yang disediakan untuk kegunaan peserta himpunan jika keganasan tercetus, kurang separuh sahaja yang telah terjual sehingga setakat ini, itupun saiz kecil yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Topeng muka ini penting kerana ia mampu melindungi peserta himpunan dari mengalami gejala sesak nafas jika pihak polis bertindak kejam dengan melepaskan gas pemedih mata.

Penulis dimaklumkan, jika masih tidak ada yang berminat, baki topeng muka ini  akan dibeli kerajaan Selangor untuk diedarkan secara percuma kepada para peserta perhimpunan dari PKR yang akan berkumpul di Amcorp Mall dan Masjid Al-Rahman, Universiti Malaya pada pagi Sabtu sebelum mereka bergerak ke Stadium Merdeka pada jam 12 tengahari.

Kalau sempat, topeng muka ini akan dihantar kepada peserta himpunan dari PAS yang berkampung di Taman Melewar.  Tapi pihak penganjur masih berharap dapat menjual sebahagian besar topeng muka tersebut kepada peserta himpunan.
Hotel-hotel yang telah dibiayai kerajaan Selangor di sekitar Petaling Jaya juga masih banyak yang tidak di tempah oleh peserta himpunan dan penulis bimbang jika kesempatan ini diambil oleh pihak yang tidak terbabit untuk keuntungan sendiri, maklum sahajalah, bayar separuh harga.

Begitu juga dengan lokasi perhimpunan.  Penulis dimaklumkan jawatankuasa penganjur masih kelam kabut untuk mengagihkan peserta himpunan, berapa ramai akan ke Bukit Jalil dan berapa ramai akan ke Stadium Merdeka?  Kalau ikut perancangan asal, peserta dari selatan akan berkumpul di Stadium Bukit Jalil dan peserta dari negeri-negeri lain akan berkumpul di Stadium Merdeka.

Ini kerana surat kelulusan bagi menggunakan kedua-dua buah stadium tersebut sudah diterima oleh jawatankuasa penganjur semalam – sesuatu yang tidak dijangka oleh pihak terlibat, walaupun mereka juga yang membuat 2 permohonan.

Penulis masih tidak pasti bagaimana pihak berkenaan akan mengendalikan hal ini.  Apa pun caranya, penulis harap ia akan berlangsung dengan lancar dan tidak berakhir dengan perkara yang tidak diingini dan hanya akan memalukan Pakatan Rakyat di kemudian hari seperti Bersih 3.0 yang lepas. -Sumber

No comments:

Post a Comment