Fenomena Laut Merah Melanda Sabah/Sarawak Merbahaya? (Pics)

Pics Hiasan

Jabatan Perikanan Laut Sarawak memantau perairan di pesisir Lawas susulan fenomena air laut merah di Sabah dan Teluk Brunei, kata timbalan pengarahnya Bohari Leng.

Beliau berkata industri perikanan dan pengguna di negeri ini tidak perlu bimbang memandangkan tiada kes yang direkodkan akibat memakan kerang-kerangan beracun atau ikan pelagik yang terjejas akibat air laut merah di Sarawak.

"Kami memantau pesisir Lawas sejak awal bulan ini kerana lokasinya dekat dengan Sabah dan keputusan sampel yang diambil dijangka siap menjelang Isnin depan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Fenomena ini berlaku akibat spesies plankton laut tertentu yang berkembang dengan tiba-tiba dan mengeluarkan kimia toksik berbahaya serta menjadikan air laut berwarna merah.Beliau turut memberi jaminan bahawa kebanyakan kerang-kerangan dan ikan yang dimakan di Sarawak adalah selamat memandangkan hasil laut itu diimport dari tempat lain selain Lawas.

Bagaimanapun agensi berkaitan sentiasa menasihati pengguna supaya membuang organ dalaman ikan dan membasuh dengan bersih sebelum dimakan, katanya.-bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment