Hasil Kajian YES Yang Terbaru!! 63% Jangka BN Mampu Menang
Kira-kira 63 peratus mahasiswa di seluruh negara menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini. Ia berdasarkan kajian dilakukan Yayasan Ehwal Siswa (YES) bulan lalu, di mana tiga universiti utama di Lembah Klang dengan membabitkan 3,000 responden yang terdiri daripada pelbagai kursus pengajian dan negeri, termasuk negeri dibawah pentadbiran pembangkang.
Universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata kajian yang turut membabitkan responden daripada negeri di bawah pimpinan pembangkang turut menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah calon Perdana Menteri popular untuk terus memimpin Malaysia.
"Secara keseluruhannya, 57 peratus responden yang mewakili UKM dengan 75 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus) mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.
"Manakala, secara purata dengan 59 peratus daripada responden berasal dari negeri pembangkang termasuk Selangor dan Pulau Pinang mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri" katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, media sosial seperti Facebook dan Youtube adalah sumber utama yang paling kerap dilayari dan dipercayai oleh mahasiswa untuk mendapatkan berita politik serta perkembangan semasa. " Dengan sampel yang besar serta kebolehpercayaan yang tinggi, BN dijangka menang, " katanya. pmcm.
betul ke ???
ReplyDeletehttp://beritasemasa.com/aes-tahun-baru-cina-2013
Apa tak betul pulak!
ReplyDeleteHidup UMNO! Jahanam Pakatan!
mimpi je la, yop..
ReplyDeleteSENGOTI WEH! KALU BN X MENANG KAWE NOK TELANJE 7HARI 7MALE.
ReplyDelete