Isu #listen sehingga kini masih hangat dan sering dimainkan dalam dunia internet dan menjadi bualan seharian orang Malaysia yang mengambil tahu perkembangan semasa di Malaysia.
Nando's |
Digi
Burger Bakar Kaw-Kaw
Compare Hotel
Digi Lagi
Exabytes Cloud
Sambal House
Jom kita luangkan masa baca luahan dan respon Sharifah Zohra dalam 'fenomena' ini..
Apa kata, Berilah peluang kepada Sharifah Zohra untuk mempertahankan perlakuannya itu.
Lagipun si budak bawani tu memang budak asuhan pembangkang yang memang diasuh oleh puak pakatan untuk melakukan provokasi cumanya mungkin 'cara' Sharifah mengendalikan situasi provokasi itu kurang rasional nampaknya.
Janganlah video ini diputarbelitkan oleh puak pakatan untuk mengaibkan keluarga beliau.
Apa kata, Berilah peluang kepada Sharifah Zohra untuk mempertahankan perlakuannya itu.
Lagipun si budak bawani tu memang budak asuhan pembangkang yang memang diasuh oleh puak pakatan untuk melakukan provokasi cumanya mungkin 'cara' Sharifah mengendalikan situasi provokasi itu kurang rasional nampaknya.
Janganlah video ini diputarbelitkan oleh puak pakatan untuk mengaibkan keluarga beliau.
Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini.
Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.
“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.
Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.
“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.
“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.
"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik,” katanya.
Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti ‘listen, listen, listen’.
“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.
Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.
“Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol.
“Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya.-SH
Bro, my 10 cents opinion. Tak kira political related issue or not, sebagai panel, this women sepatutnya bijak menangani situasi tanpa ada rasa emosi. Sebagai org dewasa yg dia minta org muda respect (mcm dalam video tu) dia sepatutnya tak boleh terpengaruh dgn provokasi seorang budak. Ini menunjukkan beliau kurang bijak. Persoalannya layakkan dia bercakap bagi pihak NGO SW1M tu kalau dgn seorang budak pun dia dah emosi. Belum kena provokasi dari puak PR yang lebih dewasa. Mau lawan tarik rambut minah ni. For me, you have no right to say pendapat org tu salah. Semua org ada pendapat masing2 dan they believed in that. Sebab tu Kita ada pelbagai agama kat dunia ni. Yang Islam percaya pada tuhan, kristian bow to Jesus , etc. Bagaimana nak menangani provokasi dan nak twist someone faith tu yg perlu minah ni belajar. Mcm mana teruk sekalipun provokasi, she as an ADULT kena cool. Yes she is not representing any political party but since dia backing up gov policy yang kena tempias is UMNO dan BN. Puak PR ni tunggu peluang je. So bagi saya, avoid la ambil org2 mcm ni as a speaker or panel in any forum. Bukan nak tutup pintu rezeki org tetapi nak cool kan keadaan. Kesian bila pelajar yang bodoh membodohkan org dewasa yang kononnya pandai. Sekadar pendapat.
ReplyDelete