Respon Ummi terhadap Azwan Auww. Bala Ke?



Ahli perniagaan, Ummi Hafilda menegaskan ibunya, Mak Tom sememangnya mempunyai sakit yang teruk dan bukanlah menerima bala seperti yang dikatakan oleh abangnya, Azwan Ali.Ummi menerangkan umur ibunya sudah pun mencecah 80 tahun dan sememangnya kerap mengalami gangguan kesihatan.

Mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan Mak Tom jatuh dalam bilik air kerana mendapat bala pada hari perkahwinannya, Ummi menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tahap kesihatan ibunya tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.Malah, Ummi memberitahu Mak Tom terlalu letih kerana berjaga terlalu lama dan tidak cukup rehat kerana melayan tetamu yang ramai datang ke rumah.

“Mak memang sakit. Mak Tom keluar masuk hospital terlalu kerap. Hampir setiap bulan dia akan dimasukkan ke hospital kerana enam penyakit yang dihidapinya, kencing manis, sakit jantung dan macam-macam.“Ia tak ada kena-mengena dengan majlis perkahwinan saya. Fikirlah secara logik, Mak Tom, orang tua yang berusia 80 tahun, ‘anything can happen’. Bila ada ‘function’, masa untuk Mak Tom berjaga sampai pukul 2 hingga 3 pagi, mestilah letih dan tak cukup rehat.

Jangan jadikan isu mak saya jatuh sakit sebagai menerima bala,” kata Ummi ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.Kata Ummi lagi, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak percaya dengan tahap kesihatan Mak Tom, pihak tersebut bolehlah melakukan pemeriksaan rekod kesihatan Mak Tom di dua buah hospital yang sering dikunjungi untuk merawat sakitnya.

“Cuba periksa rekod kesihatan Mak Tom yang selalu keluar masuk hospital Ampang Puteri dengan Institut Jantung Negara (IJN), kalau tak percaya,” katanya.Mengulas tentang kenyataan abangnya, Azwan yang menyifatkan insiden Mak Tom jatuh pengsan semasa malam persandingannya dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan sebagai bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T, Ummi menyifatkan tanggapan itu sebagai kenyataan yang melampau.

Ini kerana, Ummi menegaskan, Azwan sendiri tidak pernah pulang menjenguk ibunya untuk mengetahui keadaan diri dan kesihatan Mak Tom.Malah, Ummi turut menyelar tanggapan Azwan yang mudah mengatakan isiden itu sebagai satu bala.“Tak perlu cakap bala, ‘this is too much!’ Saya sendiri beritahu abang-abang saya mengenai kesihatan Mak Tom, melalui Twitter juga, tapi tidak ada respon. Mereka juga tidak pernah pulang menjenguk mak sendiri, dan ini dikatakan bala?

Mereka sendiri sebenarnya yang menempah bala di dunia ini kerana syurga di bawah tapak kaki ibu mereka.“Yang tetap menjaga Mak Tom, tetap saya dan kakak-kakak saya. Jadi di mana mereka ketika Mak Tom sakit dan kemudian bercakap seperti ini? Jadi, orang-orang yang keluar masuk hospital itu boleh disifatkan menerima balalah?” luah Ummi.Tambah Ummi lagi, dia enggan cerita itu diperbesarkan.

Dia mahukan orang ramai membuka mata dan berfikir secara rasional dan tidak terlalu menyempitkan otak dengan cakap-cakap negatif dari orang-orang yang suka melempar fitnah.Ini kerana, hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku dan tahap kesihatan Mak Tom. -mynewshub

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment