RM20.. Cukup Bermakna??

A.S NAK KATA, KORANG NAK CARI KAT MANA LAGI KERAJAAN YANG SEBAGUS DAN SEBAIK INI?

KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP KEBAJIKAN RAKYAT TERUTAMANYA KEPADA YANG BERPENDAPATAN RENDAH MEMANG TERLALU BANYAK DAN TIDAK BOLEH TERHITUNG JUMLAHNYA.

PAS BARU NAK SIBUK PEMBOHONG RAKYAT DENGAN SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKANNYA DAN TINGGALKAN TERUS SLOGAN NEGARA ISLAM SEDANGKAN KERAJAAN UMNOBN DAH LAMA LAKUKANNYA.

RANTAU PANJANG – Usaha kerajaan melanjutkan tempoh rebat elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah kepada pengguna yang layak sehingga hujung tahun ini disambut baik golongan berpendapatan rendah.

Kebanyakan mereka bersyukur dan melibat usaha ini sebagai langkah kerajaan membantu meringankan bebanan perbelanjaan bulanan mereka.Walaupun rebat hanya sekitar RM20, itu cukup bermakna untuk mereka yang kurang berkemampuan memandangkan duit tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain.

Penduduk dari Kampung Tasek Cina, Ghani Awang Kechik, 65, bersyukur dan gembira kerana lanjutan tempoh tersebut dapat membantu mengurangkan perbelanjaannya.Dia yang tinggal bersendirian sejak 15 tahun lalu mengakui tidak perlu memikirkan soal pembayaran bil elektrik sejak pengecualian ke atas bil bulanan bernilai RM20 dan ke bawah yang bermula Oktober 2008.

Menurutnya, dia gembira kerajaan prihatin nasib rakyat kurang berkemampuan sepertinya.“Bagi golongan susah seperti pakcik, setiap ringgit yang dikeluarkan amat bermakna."Pengecualian hingga akhir tahun membolehkan wang tersebut digunakan untuk membeli keperluan harian lain.

“Kebiasaannya bil bulanan kurang daripada RM10, walaupun jumlah tersebut agak kecil bagi kebanyakan orang, ia cukup bernilai bagi penarik beca seperti pakcik,” katanya.Ghani berkata, dia tidak menggunakan barang elektrik yang banyak di rumah menyebabkan bil bulanannya agak rendah.

Menurutnya, dia hanya menggunakan lampu untuk ruang tamu, radio dan televisyen sahaja.“Pendapatan bulanan pakcik tidak menentu dan hanya bergantung kepada upah membawa beca."Jadi usaha pengecualian pembayaran bil elektrik RM20 dan ke bawah di panjangkan amat dialu-alukan,” katanya.

Bagi tujuan ini, kerajaan telah membelanjakan RM146 juta membabitkan 1.1 juta pengguna domestik seluruh negara, tahun lalu.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

  1. salam...saya kagum dengan blog tuan dan telah pautkan ke blog saya. mohon kerjasama tuan untuk pautkan blog saya jua. tkasih

    http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

    ReplyDelete