Tokoh Maulidur Rasul Nyaris Ditembak Lelaki Khalwat

Jamaludin (kiri) terima Tokoh Penguat Kuasa Agama di Sungkai, semalam.

Sungkai: Pengalaman nyaris ditembak seorang lelaki yang ditangkap berkhalwat di Taiping adalah pengalaman paling tidak dapat dilupakan seorang penerima Tokoh Maulidur Rasul 1434 Hijrah di Perak.

Jamaludin Osman, 56, yang menjadi anggota sukarelawan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sejak 2000 dipilih menerima anugerah Tokoh Penguat kuasa Agama.Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi pertengahan 2009 bersama empat lagi anggota sukarelawan penguat kuasa JAIP selepas menerima laporan pasangan bukan muhrim menginap di hotel di bandar berkenaan.

Lelaki keluarkan pistol“Ketika seorang anggota penguat kuasa hendak memberkas pasangan lelaki, dia memberontak serta mengeluarkan sepucuk pistol.“Kami cuba menasihatinya menyerah secara baik, tetapi dia terus menarik picu pistol hendak menembak saya yang berada kira-kira tiga meter darinya.

“Keadaan jadi kelam-kabut sebelum saya dapat menyelinap turun dan menghubungi polis yang berjaya memujuk pasangan itu menyerah diri tanpa kejadian tidak diingini,” katanya selepas menerima anugerah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Maktab Rendah Sains Mara, di sini, semalam.

Ugutan di telefon
Jamaludin juga pernah menerima ugutan melalui telefon setiap hari selama sebulan yang dipercayai dilakukan seorang pesalah syariah menyebabkannya terpaksa membuat laporan polis.

Sementara itu, Tokoh Keluarga Mithali diterima pesara tentera, Danyal Ghazali, 70, atas semangatnya membesarkan 11 anak iaitu sembilan perempuan dan dua lelaki sehingga semuanya berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.

Danyal yang berasal dari Lenggong, berkata, beliau menganggap anaknya sebagai kawan sambil menerapkan disiplin tentera dan isterinya, Zalekha Othman, 67, membantunya memberi pendidikan agama yang sempurna kepada mereka.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment