Dah Tau Tak Boleh Menang, Sanggup Buat Kerja Terkutuk Ini! (Gambar-Gambar)

Harap DS Najib terus kental menahan fitnah ini
Begitulah desperadonya juak pecacai pakatan termasuk hackers-hackers mereka.
Berdasarkan semua ramalan dan kaji selidik yang telah dilakukan, masih jelas tampak PRU13 ini BN akan mengekalkan kuasa di peringkat pusat.

Kerana tertekan dengan senario semasa dimana angin masih menyebelahi BN, beginilah kerja mereka. Memfitnah kononnnya PM kita meletak jawatan.

Penggodam upahan pakatan sanggup buat kerja hina ini untuk menggodam laman web Jabatan Penerangan.
Kdang-kadang kesian juga tengok, terdesak sekali puak-puak bangang pakatan sampai ke tahap ni pun sanggup depa nak buat.



 Nah, korang baca le penjelasan dari Jabatan Penerangan..

Jabatan Penerangan nafi keluar kenyataan peletakan jawatan PM 

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - "Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan."

"Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut. "Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim berkata, satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment