Urgent! Tolonglah cari mamat ni sampai dapat!!


Wajah suspek; Mamat ni pelari anak dara orang yang nak berkahwin
Baliklah Ina

ISMAIL Saad tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan buah tangan untuk tetamu dan persiapan bagi perkahwinan Nor Azlina, yang melarikan diri empat hari sebelum majlis kenduri berlangsung di kediaman mereka di Taman Pekatra, Nibong Tebal, Pulau Pinang.


NIBONG TEBAL  - Kenduri yang sepatutnya diadakan hari ini untuk meraikan pasangan pengantin bertukar menjadi jamuan biasa apabila pengantin perempuan bertindak melarikan diri dari rumah sejak Rabu lalu.

Majlis tersebut terpaksa dilangsungkan juga memandangkan segala persiapan perkahwinan dan tempahan katering telah dibuat.Menurut bapa pengantin, Ismail Saad, 59, anak perempuannya, Nor Azlina Ismail, 23, yang sepatutnya melangsungkan pernikahan telah menghilangkan diri, dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulhelmi.

"Rabu lalu (13 Februari), lebih kurang pukul 10 pagi, ketika saya dan isteri tiada di rumah, Nor Azlina telah meminta adiknya, Nor Syamira menghantarnya ke jalan masuk taman ini.

"Dia yang ketika itu berbaju merah jambu dan seluar jean kelabu memberitahu adiknya dia hendak ke Taman Pelangi dengan seorang rakan. Dia tidak membawa barang, cuma beg tangan sahaja," katanya ketika ditemui dalam majlis kenduri di kediaman mereka di Taman Pekatra di sini.

Ismail berkata, akibat tindakan anaknya itu, majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat (kelmarin) terpaksa dibatalkan, manakala pakaian pengantin serta set pelamin yang telah ditempah tidak diambil.
Katanya, mereka sekeluarga percaya anak kelima daripada enam adik beradik itu bertindak melarikan diri akibat dipengaruhi oleh lelaki berkenaan.
Jelas Ismail, dia juga tidak begitu kenal lelaki tersebut, namun tahu lelaki itu tinggal di kawasan perumahan berdekatan.

"Lelaki itu tiada kerja tetap dan saya percaya anak saya baharu sahaja kenal Zulhelmi memandangkan kami baharu berpindah ke sini November lalu," ujarnya.

Sementara itu, isterinya, Salmiah Ahmad, 56, berkata, dia tidak sangka Nor Azlina sanggup mengambil keputusan sedemikian kerana tidak pernah menunjukkan tanda-tanda menolak perkahwinan itu sebelum hari kejadian.

"Saya pernah tanya dia bila nak ambil baju kahwin, dan dia beritahu nak pergi bersama bakal suaminya itu dan bersungguh-sungguh memberitahu ingin majlis ini berjalan lancar.

"Lagipun perkahwinan ini dilangsungkan atas dasar suka sama suka kerana dia dan bakal suaminya itu telah tiga tahun bertunang," katanya.Justeru, dia berharap anak perempuannya itu pulang ke rumah dan mereka sekeluarga sedia berbincang sekiranya ada perkara yang ingin dijelaskan oleh Nor Azlina.

"Sebelum ini saya pernah beberapa kali mengadakan kenduri perkahwinan tetapi ini adalah sejarah yang paling tidak dapat dilupakan seumur hidup kerana anak yang sepatutnya bersanding, menghilangkan diri secara mengejut.

"Saya harap lelaki yang melarikan anak saya itu tidak melakukan apa-apa kepadanya dan menghantar pulang anak saya semula," jelasnya.Berikutan kehilangan anaknya itu, mereka bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tasek Mutiara.-Utusan17/2/13

GAMBAR LELAKI BERKACA MATA HITAM DIATAS ADALAH WAJAH SUSPEK BERNAMA ZULHELMI YANG DIPERCAYAI MELARIKAN NOR AZLINA. AKU PEROLEHI DARI RAKAN KELUARGANYA SENDIRI.

 SESIAPA YANG TERJUMPA MAMAT NI, TOLONGLAH TANGKAP DAN SERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA.

GAMBAR WANITA DI TENGAH-TENGAH ADALAH WAJAH AZLINA, MANGSA YANG DILARIKAN OLEH ZULHELMI. KESIAN SANGAT TENGOK IBUBAPA INA NI.
TOLONGLAH SEBARKANN..

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment