Betapa jahatnya puak pakatan haram sanggup edit gambar seumpama ini! Rakyat akan lebih benci kepada PAS diatas kelancangan dan kebiadadan mulut mereka |
Perbuatan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dengan pemberian Firaun sangat tidak wajar bagi seorang yang bergelar ulama.
Beberapa pemerhati politik dan pemimpin badan bukan kerajaan yang dihubungi Bernama merumuskan tidak seperti Firaun, BN tidak pernah memaksa rakyat menyokongnya atau angkuh dengan kejayaan melaksanakan pelbagai program kesejahteraan rakyat.
Sebaliknya, mereka berpandangan pelaksanaan program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah berdasarkan keihklasan kerajaan BN untuk berkongsi kekayaan negara dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
"Firaun itu kaya, angkuh, sombong, tidak boleh dibanding dengan kerajaan sedia ada. Kita juga tidak mengamalkan pemerintahan autokrasi seperti Firaun yang dia sahaja berkuasa dan pembolot," kata Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.
Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata berbeza dengan amalan Firaun ketika memerintah Mesir, Malaysia mengamalkan demokrasi yang memberi hak kepada rakyat memilih kerajaan menerusi pilihan raya.
Beliau juga berpandangan kenyataan Abdul Hadi itu membawa agenda tersirat mahu 'memaksa' rakyat, terutama yang beragama Islam, agar menolak kerajaan BN kerana Firaun disebut dalam al-Quran bukan sahaja pemerintah yang zalim tetapi juga memaksa rakyat mengaku dirinya tuhan serta mendabik dada hanya dia mampu memberi nikmat kepada rakyat Mesir.
Ditanya adakah kenyataan Hadi itu seolah-olah membawa maksud "kalau rakyat tidak undi BN, rakyat akan dizalimi atau tertindas seperti zaman Firaun?", Mohd Fuad berkata apabila BN telah disetarakan dengan Firaun, apa sahaja yang diumum, dirancang, atau diagih kerajaan pasti dianggap sebagai pemerintahan ala Firaun.
Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Ahad lepas, menyifatkan pemberian BR1M sama seperti yang dilakukan Firaun.
Beliau turut dilapor berkata al-Quran menyebut kisah Firaun yang membodohkan rakyat dengan mengaku hanya dia mampu memberi nikmat kepada rakyat serta menggunakan kekayaannya yang dianugerah Allah untuk menyesatkan rakyat Mesir.
Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata rakyat Malaysia adalah golongan berfikir dan bukan bodoh seperti yang cuba digambarkan pemimpin Pas.
Beliau juga berkata sebagai ulama atau orang yang arif ilmu agama, Abdul Hadi sepatutnya lebih rasional dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahaya, dakwaan terkini pemimpin Pas itu sekadar politik murahan untuk menunjukkan kepada rakyat hanya Pas parti yang baik.
"Pas pun pernah bagi macam-macam jenis bantuan tapi kita tidak pernah label dia seperti apa yang dia cakap.
"Kita tidak pernah kata orang ramai wajib pangkah Umno atau mereka ini tidak akan dapat BR1M," katanya.
Beliau juga mempertikaikan tindakan pembangkang yang sering membangkitkan soal wang rakyat, namun apabila kerajaan BN melaksanakan pelbagai bantuan termasuk BR1M, mereka membuat pelbagai tuduhan tidak masuk akal.
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh pula berkata bantuan kerajaan meliputi semua golongan yang memerlukan, bukan seperti Firaun yang memberi ganjaran kepada yang menyembahnya atau rakyat berdepan hukuman bunuh.
Bagi Presiden Persatuan Nelayan Melaka Abdullah Yahaya, BR1M serta pelbagai lagi bantuan adalah cara kerajaan berkongsi kekayaan negara.
"Malah Perdana Menteri (Datuk seri Najib Tun Razak) telah banyak kali menjelaskan keuntungan dan kekayaan negara dibahagi sama rata kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata pemberian BR1M tidak perlu disalahtafsir dan dijadikan isu politik kerana yang mendapat faedahnya adalah rakyat.
"Kalau bukan tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat, siapa lagi akan membantu? UNI-MLC juga yakin rakyat akan menilai kemampuan kerajaan dalam usaha membela nasib rakyat," katanya. - Bernama
HJ.ADE teramatlah sayangkan FIRAUN sehingga masa FIRAUN bagi BR1M dulu dicatat dalam buku 555 untuk tatapan anak buahnya.
ReplyDeleteJangan jelous HADI,najib bukan nak pun mengaku waris FIRAUN,,,,,,mu ambiklah taitle u.......kongsi dgn POK NIK dan pengikut3 mu........................HIDUP BN/hancurkan tentera firaunnnnnnnnnn