#savekedah Artis Zainal Ahidin bakal dimakihamun oleh pecacai Pas? (pics)



 Rali Selamatkan Bumi Kedah telah diadakan pagi tadi dengan kehadiran sekitar 10,000 orang rakyat Kedah di Tasik Pedu. Ikon alam sekitar yang juga artis, Zainal Abidin turut bersama menyatakan sokongan terhadap program ini

Pemimpin yang hadir ialah Dato Mukhriz selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah mengetuai perhimpunan ini.

Tujuan ialah untuk menyedarkan rakyat Kedah khasnya, Malaysia amnya, betapa rakusnya kerajaan PAS Negeri Kedah meratah hutan simpanan di Pedu.
Hasilnya, takungan air di Tasek Pedu sudah tercemar. 

Kawasan sekitar sudah merasai bahana dengan cuaca semakin panas, air yang semakin tercemar, dan persekitaran yang sudah dikotori. Tidak lupa juga penapisan ke atas toksik sudah tiada terutama kencing tikus kerana pokok-pokok serta hutan yang menjadi penapisnya sudah diratah Kerajaan Negeri bawah PAS.

Kedah makin hancur dalam pelbagai segi dibawah pemerintahan Pas.

No comments:

Post a Comment