Zed Zaidi dan Abam Nara: Psy Ke Penang..
Sebenarnya isu kehadiran Psy ke Malaysia bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan pemerhati politik tetapi turut sama memberi tempias yang sangat kuat terhadap artis-artis tempatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi turut meluahkan pendapatnya menerusi Twitter.
Sebenarnya bagi Abang Nara, kehadiran Psy dengan bayaran yang begitu lumayan seharusnya dijadikan satu cabaran bagi artis-artis Malaysia. Secara jujur, Abang Nara tak nampak mana-mana artis yang mempunyai populariti sehebat Psy. Bukanlah mahu memuji Psy, namun kita harus melihat mengapa pihak penganjur lebih berminat untuk membawa artis luar berbanding menggunakan artis tempatan.
Daripada dulu lagi Abang Nara perhatikan, sekiranya ada event besar, artis-artis luar daripada Korea, USA dan UK akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Yang terbaru, kumpulan rock Gun N Roses akan mengadakan persembahan bersempena dengan perlumbaan F1 di Litar Sepang. Ini semua berlaku kerana populariti artis tempatan tidak menyeluruh dan hanya mampu menarik segelintir penonton sahaja.
Seharusnya lebih banyak artis tempatan mengambil inisiatif untuk menjadi popular di arena antarabangsa seperti yang dilakukan oleh Yuna dan Shila Amzah. Kena berani mencuba untuk mencari apakah X faktor yang membolehkan artis-artis negara lain (seperti Korea) begitu digilai seantero dunia. Barulah selepas itu lebih banyak tawaran lumayan akan masuk ke dalam poket artis tempatan.
Kalau ditanya kepada pihak penganjur pun, pastinya mereka mahukan persembahan yang mampu memberikan pulangan setimpal dengan pelaburan mereka. Kepada artis tempatan, jadikanlah ini sebagai satu cabaran buat anda untuk terus memajukan diri dan tidak sekadar berpuas hati di takuk sekarang ini.-AbgNara
A.S KATA, YANG PENTING KEHADIRAN PSY YANG DIBAWA OLEH BN TELAH MEMBUATKAN GUAN ENG KECUT PERUT! RAKYAT KAUM CINA MENGHARGAI USAHA YANG DILAKUKAN BN NI.
BILA DIKATA BODOH TAU PULAK LGE NAK MARAH SEBAB BN NAK MERAIKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DENGAN MERIAH BERSAMA KAUM TIONGHUA, BUKANNYA NAK BERPOLITIK SAJA 24 JAM MACAM DAP!
LOBAI MALANG HAMPAS JANGAN DUK BUAT KALUT, PI BETULKAN DALAM PR SENDIRI MAKIN HARI MAKIN BANYAK PESTA TARIAN SEPARUH BOGEL YANG DIANJURKAN OLEH PUAK KORANG!
No comments:
Post a Comment