Fakta Menarik Wajib dibaca; Bukan Seluruh Sabah Dimiliki Kesultanan Sulu Dulu..
Hanya bahagian berwarna hijau dalam peta ini yang pernah berada bawah kekuasaan Kesultanan Sulu.. Dan Malaysia patut henti bayar RM5000 ringgit setahun kepada waris2 Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus.
Bahagian Sabah yang pernah berada dalam Kesultanan Sulu ialah bahagian timur saja, khusunya bahagian dari Sungai Pandassan di barat laut hingga Sungai Sibuku di selatan..
Hanya bahagian timur Sabah saja dalam peta ini yang terlibat dalam tuntutan Filipina atau tuntutan waris2 Sultan Sulu ke atas Sabah. Apabila Sultan Sulu pajak wilayahnya di Sabah pada Baron Von Overbeck pada 1878, hanya bahagian timur saja yang terlibat kerana bahagian itu saja milik Kesultanann Sulu..
Sehingga 1658, seluruh Sabah adalah milik Kesultanan Brunei. Sultan Brunei menyerahkan bahagian timur Sabah pada Kesultanan Sulu pada 1658 sebagai ganjaran untuk Sulu kerana membantu Brunei mematahkan satu pemberontakan di Brunei..
Pada 1878 pula, Kesultanan Sulu pajak bahagian timur Sabah kepada Gustavus Von Overbeck, seorang rakyat Austria. Pajakan ini dibuat melalui sebuah syarikat milik Alfred Dent, rakan kongsi niaga Von Overbeck, dan kemudian melalui Syarikat Borneo Utara British. Untuk pajakan ini, Syarikat Borneo Utara British bayar RM5000 setahun pada Sultan Sulu.
Pada 1885, Britain, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid yang mengikitiraf kedaulatan Sepanyol di seluruh Kepulauan Sulu dengan syarat Sepanyol menarik semua tuntutan ke atas Borneo Utara. Pada tahun 1888, Sabah sepenuhnya menjadi protektorat (tanah lindungan) Britain. Kesultanan Sulu pula pupus pada 1917, di era penjajahan Amerika di Filipina yang turut meliputi Kepulauan Sulu.
Dengan kepupusan ini, Kesultanan Sulu sudah tak wujud. Yang wujud hanya bekas Sultan, yakni orang yang menjadi Sultan Sulu terakhir sebelum kesultanan ini pupus. Sultan terakhir Sulu mati pada 1930an dan British menghentikan bayaran pajak.
Sabah diserap dalam Malaysia pada 1963 melalui pembentukan Malaysia. Filipina dan Indonesia menentang pembentukan Malaysia. Indonesia lancar konfrontasi. Filipina pula secara rasmi memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 1962, setahun seblum Malaysia. Beberapa calon sultan dicari untuk diistiharkan sebagai Sultan Sulu bagi membolehkan Filipina tuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu yang pupus.
Namun, Filipina sendiri tak pernah berhasrat untuk mewujudkan semula Kesultanan Sulu. Jika Filipina mendapat Sabah sekalipun, ia sekadar akan menjadi wilayah baru Filipina tetapi Kesultanan Sulu tetap tak akan diwujudkan. Sultan Sulu hanya relevan pada Filipina sebagai alat menuntut Sabah tanpa sebarang niat pada Filipina untuk mewujudkan semula kesultanan ini.
Malaysia sepatutnya berhenti membayar RM5000 ringgit pada waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus dan Sultan terkahir sudah mati. Sekarang ini ada 60 orang yang mengagku mereka Sultan Sulu, semata-mata hanya untuk tuntut Sabah demi kekayaannya. -Fb MK Satar
kalau tidak silap bukan semua yang bertanda hijau itu milik kesultanan sulu...tawau hingga ke semporna serta pulau sebatik adalah milik bekas kerajaan kesultanan bolongan...
ReplyDelete