Kata Mohd Aiman Hakimi, 7, anak kesayangan arwah Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, sambil meminta ibunya membuka pintu bagi menjemput kepulangan bapanya kerana dia menyangka bapanya masih hidup.
Sitti Banddorah Mahalil, 39, berkata anaknya itu yang tidak sihat sejak empat hari lalu, sering bertanya kepadanya di mana bapanya.
“Malam tadi (kelmarin) dia tarik-tarik baju, tunjuk pintu dan mengatakan abahnya ada di bawah (rumah).“Dia (Mohd Aiman) tanya saya mana abahnya, dia cakap lagi ‘abah tidak ditembakkan?’.
Saya tidak mampu berkata apa-apa, tetapi bagi mengambil hatinya dan meredakan persoalannya, saya beritahu, ‘tak’ (tidak kena tembak),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pelangi di sini, semalam.
Abdul Aziz antara enam pegawai dan anggota yang terbunuh akibat serang hendap kumpulan penceroboh Filipina di di Kampung Sri Jaya Simunul di sini, Sabtu lalu.Sambil mengesat air matanya, Sitti Banddorah berkata, dia reda dengan pemergian suaminya dan menganggapnya sebagai wira negara.
“Saya kini perlu tabahkan diri untuk meneruskan hidup selepas kehilangan suami itu dan berharap serangan penceroboh dapat ditangani segera.“Saya tidak mahu lagi melihat anak kecil kehilangan bapa seperti anak saya,” katanya dengan nada pilu.
Mengenai operasi besar-besaran pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sitti Banddorah berharap ia akan menyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan pengganas Sulu di negeri ini.
“Cukuplah dengan apa yang berlaku. Tidak mahu lagi kejadian seperti ini berulang.“Berat untuk dipikul apabila menghadapi kehilangan begini, perasaan keluarga dan anak cukup berat menghadapinya,” katanya.HM
A.S RASA MACAM NAK MENITIS AIR MATA BILA BACA LUAHAN INI. TU PUN JANGAN, TIAN CHUA MANUSIA CELAKA BOLEH KATA INI SEMUA KONSPIRASI UMNO YANG PUNYA.
DIA TAK MAU CAKAP PULA HUBUNGAN ANWAR DENGAN MISUARI SERTA SURUH ANWAR MENYAMAN NG LUM YONG YANG MENDAKWA ANWAR BAYAR USD 2 JUTA KEPADA PENGGANAS SULU UNTUK SERANG SABAH.
tak habis-habis dengan tian chua....dah mati sudahlah. dah takdir. yang membunuh adalah pemberontak sulu. tian chua tidak bersalah, cuma dia mempertikaikan peristiwa tersebut kerana kerajaan terlalu berahsia sangat! semenjak najib memerintah banyak drama-drama mengenai ketenteraan berlaku seperti Al-Maunah, enjin jet hilang, kes scorpene dan altantuya dan tentera sulu ni...banyak menjadi tanda tanya kepada orang yang punya akal...orang yang tak punya akal entahlah...
ReplyDeletePenjilat tegar ANUwar sudah mari...oo dah mati kata takdir...jadi mende yg hilang semua tuh takdir la...xkan kucing hilang pon nak salahkan DSNajib...
ReplyDeletePada yg punya akal baik ko guna elok2...kalo ANUwar betol xbrsalah nape takot nak bg DNA utk mmbuktikan bhw lelaki Y bkn dia...dia bebas bkn krn xmeliwat tapi krn kesilapan cara mngambil DNA...
Tu blm masok kes Sulu lagi...byk bukti dah mnjurus campurtangan ANUwar...kata org sehebat atau sekebal mana manusia xkan bole melawan kehebatan Allah S.W.T...
Satu hari akan terlungkup juga dajjal kecil itu...
Anon 3.43 apa punye komen ni..
ReplyDeleteIni soal keluarga...soal anak yang dah yatim...yang belum mengerti politik..
Kalau dah takde perasaan simpati...lebih baik diam.
Anon 3:43 belum kena batang hidung sendiri seperti anak atau adik beradik baru SEDAR....ini berkaitan anak yang ditinggal disebabkan dibunuh oleh pengganas.....jangan lah komen yang melalut lari drpd tajuk.....
ReplyDelete