Banner ini bukti Percakaran Mansor othman dengam Chegu Bard semakin kronik..


3 lokasi banner ini ditemui khabarnya awal pagi tadi untuk mendesak Bard bertanding di Parlimen bukannya Dun seperti keputusan sekarang ini apatah lagi Mansor Othman dilihat sebagai calon yang lemah dan mudah kalah.

Sememangnya sudah lama hubungan dingin Mansor Othman dan Chegubard wal musibat diketahui umum dan klimaksnya ialah pabila Mansor Othman diumumkan sebagai calon Pkr Parlimen Nibong Tebal menyingkirkan Bard yang menyimpan harapan setinggi gunung ingin menjadi calon kerusi tersebut.

Sehingga hari ni iaitu tinggal 2 hari saja untuk penamaan calon, bard bersama Yusni Mat Piah dari Pas tetap masih bersungguh-sungguh hingga ke titisan keringat terakhir berkempen untuk kerusi Dun Sungai Acheh dan tiada tanda-tanda salah seorang pun mahu berundur.

Kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru masih ada walaupun kecil kerana pakatan akan dichop bangang jika diteruskan perebutan 3 penjuru ini yang sudah pasti akan memudahkan BN menang. InsyaAllah..

Buat chegubard, aku sarankan hang balik Nismilan terus lagi bagus. Mai sini buat menyemak saja bagi orang bergaduh. kesian pulak aku tengok pemimpin pkr tempatan seperti Hj Wan dan Rizal Hamid yang nampak jelas diperbodohkan dan tidak dipandang oleh Anwar Brahim..
Apapun yang penting, rejim pakatan haprak ini harus dikuburkan kerana bakal membawa banyak mudhorat kepada negara..






No comments:

Post a Comment